Tarikh    : 27 Julai 2018

Masa     : 4.30 Petang

Peserta : 2 Orang

Lokasi   : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Kelas ini bertujuan membantu peserta menyiapkan tugasan sekolah mereka. Guru peserta meminta peserta untuk mencari maklumat tentang tokoh sejarah dan menyiapkan tugasan dalam bentuk Micorsoft Office Powerpoint. Kami membantu para peserta dalam menjelaskan setiap fungsi yang terdapat pada Microsoft Office Powerpoint supaya mereka tahu ingin menggunakannya. Microsoft Office Powerpoint juga boleh jadi menarik dengan memasukkan animasi berbeza bagi setiap tulisan atau mukasurat.  

Aktiviti :

Peserta mencari dahulu segala maklumat yang dikehendaki di internet. Kemudian, mereka menyusun atau mengolah kembali maklumat yang dicari kepada perkataan yang mereka paham. Ini kerana untuk mengelakkan plagiarisme atau erti kata lain, meniru bulat-bulat ayat dari internet. Setelah semua siap, baru kami mengajar mereka untuk memperkemaskan lagi slaid mereka supaya nampak lebih menarik dan tidak bosan. Mereka meneroka kesemua animasi-animasi yang terdapat dalam Micorsoft Office Powerpoint dan memilih mana mereka mahu. Selain itu, kami membantu memasukkan animasi bergerak dari internet dan dimasukkan ke Microsoft Office Powerpoint mereka. Diakhir kelas, mereka sudah memahami setiap fungsi-fungsi yang terdapat dalam Microsoft Office Powerpoint dan slaid mereka nampak menarik untuk dipersembahkan.

Gambar Disini