- Restoran ini terletak di Dataran Udang Galah di pinggir bandar Teluk Intan.
- Udang Galah dihidang dengan menu yang pelbagai seperti udang galah bakar, udang masak lemak cili api, udang masak tempoyak dan macam-macam lagi.
- Anggaran harga RM60 ke atas sekilogram udang galah.
- Gerai ini terletak di Jalan Mahkamah Teluk Intan.
- Ia adalah destinasi sarapan yang terbaik di Teluk Intan
- Perak memang terkenal dengan Mee Kicap, dan di Teluk Intan Mee Kicap yang sedap adalah di gerai inilah.
- Selain Mee Kicap, Kuetiow Sup dan Teh Tarik adalah menu yang hangat diperkatakan.
- Restoran ini terletak di Jalan Changkat Jong, jalan menghala masuk ke bandar Teluk Intan dan berada di sebelah kiri jalan raya.
- Ia adalah makanan mamak turun termurun Teluk Intan yang berusia lebih 25 tahun.
- Masakan kari yang pelbagai memang sedap dan boleh dikatakan yang paling sedap di Teluk Intan.
View the embedded image gallery online at:
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan#sigFreeId55aa63d4c6
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan#sigFreeId55aa63d4c6
Mee Rebus Mastan Ghani sememangnya terkenal dan tersohor di Teluk Intan, Perak. Itulah yang diperkatakan oleh kebanyakkan orang apabila bercerita tentang lokasi pilihan antara makanan popular di sekitar bandar Teluk Intan ini. Rata-rata pelanggan yang pernah merasa mee rebus ini mengatakan bahawa mee rebus ini adalah yang terbaik di Teluk Intan dan pasti akan membelinya lagi. Selain mee rebus, terdapat juga rojak, nasi ayam dan nasi briyani. Sudah pasti jika merasa sekali pasti akan kembali lagi.
Halaman 1 dari 2