Tarikh    : 3 Ogos 2018

Masa     : 9.30 Pagi

Peserta : 9 Orang

Lokasi  : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Mesyuarat ini diadakan adalah untuk perbincangan bagi perancangan atau penambahbaikan beberapa perkara. Antaranya ialah Mycomm, portal, advokasi, PI Utilization, kehadiran, OKU dan lain-lain. Mesyuarat ini diketuai oleh En Ridha bersama-sama Pengurus PI Perak Hilir. 

Aktiviti :

DIsebabkan tahun ini mengalami perubahan kerajaan, ini bermaksud, PI juga perlu mengikut beberapa perkara yang perlu diubah. Ini termasuk logo 1M, dimana semua barang, tulisan atau apa sahaja yang mengandungi logo '1M', perlu dimansuhkan dalam kadar segera, sama ada disimpan atau diubah. Berkenaan dengan kehadiran (punch in / punch out / cuti) perlu diambil berat. Ini termasuk dalam KPI bagi setiap pekerja. Cuti juga perlu diremark di IHR. Selain itu, portal, Mycomm dan google drive perlu diupdate dari semasa ke semasa andai terdapat sebarang penambahan. Software terbaru iaitu software Jaws perlu dipasang disetiap PI sekurang-kurangnya 1 unit PC dan perlu ditampal sticker OKU. Software ini adalah kegunaan bagi golongan OKU dalam memudahkan mereka. Beberapa data juga ditunjukkan kepada semua Pengurus PI supaya mereka dapat mempertingkatkan lagi prestasi PI. Mesyuarat ini diakhiri dengan beberapa pesanan dari En Ridha dalam membantu pengurusan serta penambahbaikan PI. 

Gambar Disini