Tarikh : 22 Februari 2019 Masa : 8.30 Pagi Peserta : 32 Orang Lokasi : Dewan Kg Selabak |
Tujuan :
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum wanita Kg Selabak tentang kepentingan menjaga kesihatan diri, supaya dapat menghindari penyakit-penyakit merbahaya. Antara adalah kanser payudara, kanser pangkal rahim dan sebagainya. Dua penyakit yang dinyatakan merupakan penyakit utama yang sangat digeruni kaum wanita. Didalam program ini, diterangkan bagaimana penyakit-penyakit ini terjadi, langkah-langkah pencegahan, cara mengenal pasti penyakit ini terjadi dan rawatan, dan sebagainya. Matron dan jururawat yang hadir minta semua peserta melakukan rawatan-rawatan kesihatan di klinik atau hospital berdekatan bagi mencegah penyakit merbahaya ini terjadi.
Aktiviti :
Peserta diminta untuk melakukan pemeriksaan sendiri untuk mengenal pasti penyakit kanser payudara, sama ada terdapat benjolan atau tidak, dibawah seliaan jururawat yang hadir. Selain dari itu, semua peserta diminta untuk pergi ke Klinik Desa yang berada berdekatan dengan Dewan Kg Selabak untuk melakukan rawatan Pap Smear, iaitu rawatan untuk mengenal pasti penyakit kanser pangkal rahim.