Tarikh : 24 Februari 2019 Masa : 5.00 Petang Peserta : 1 Orang Lokasi : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Frog VLE ialah salah satu platform pembelajaran atas talian antara guru dan murid, dimana dalam aplikasi ini, guru boleh memuat naik segala bentuk soalan, rujukan, dan lain-lain dan digunakan oleh murid. Permainan berbentuk pembelajaran juga amat berkesan supaya murid mudah faham dan senang ingat. Animasi yang menarik dapat menarik minat murid untuk menggunakan aplikasi ini. Guru dan ibubapa boleh memantau pembelajaran murid melalui aplikasi ini.
Aktiviti :
Peserta mencuba menggunakan aplikasi ini untuk belajar. Boleh lihat peserta ini sangat berminat untuk menggunakan aplikasi ini. Peserta dilihat mudah memahami segala soalan-soalan yang disediakan oleh gurunya dalam aplikasi ini, dan mudah untuk menjawab.