Tarikh    : 25 April 2019 

Masa     : 8.30 Pagi

Peserta : 110 Orang

Lokasi  : Dewan Jauhari, Hospital Teluk Intan

 

Tujuan :

Program ini merupakan program dibawah anjuran Unit Pengurusan Maklumat, Hospital Teluk Intan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai buli siber dan kepentingan perlindungan data peribadi. Buli siber semakin berleluasa pada masa kini yang mana terdapat segelintir dari mereka masih tidak mahu berhenti walaupun pelbagai cara untuk menghalangnya dibuat. 

Aktiviti :

Penceramah bagi tajuk buli siber ialah Puan Hanita Izam bt Abdul Rahman, selaku Ketua Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia perak. Pusat Internet Juga terlibat dalam booth pameran yang disediakan oleh pihak Hospital Teluk Intan. Pelbagai hadiah, pameran, jualan dari usahawan diadakan. Kotak e-waste juga disediakan bagi sesiapa sahaja yang ingin memberi barangan elektrik terutamanya telefon pintar. Setiap yang menberi, hadiah akan diberikan sebagai tanda penghargaan. Sambutan dari kakitangan hospital dan orang awam sangat menggalakkan. 

Gambar Disini