Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 19 Februari 2020 : 2.00 Petang : 14 Orang : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Bengkel ini bertujuan membantu para guru untuk mengedit video dengan cara yang senang, pantas dan senang. Dengan hanya menggunakan telefon pintar, guru boleh merakam video yang dikehendaki, dan boleh mengedit menggunakan FIlmora di komputer.
Aktiviti :
Pengenalan kepada FIlmora diberikan kepada guru. Seterusnya, cara pengambilan video yang baik ditunjukkan. Peserta merakam video di sekitar dalam pusat internet sebagai contoh yang diperlukan semasa edit video kemudian. Peserta menggunakan skill yang ditunjukkan dalam merakam video tersebut. Seterusnya, peserta dikehendaki memasukkan video tersebut ke dalam komputer dan mula mengedit. Pada hari ini, peserta diajar bagaimana untuk memasukkan video tersebut ke dalam FIlmora, cara membuang suara latar video, cara memasukkan musik latar ke dalam Filmora dan sebagainya. Semua peserta dapat mengikuti semua langkah-langkah yang ditunjukkan.