Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 5 September 2023 : 9:30 Pagi : 23 Orang : PEDi Kampung Selabak |
Tujuan
Kelas ini bertujuan memberi pengenalan asas kepada perkakasan komputer serta cara-cara penggunaannya.
Aktiviti
- Peserta diberi tunjuk ajar apakah perkakasan asas komputer serta cara menggunakannya.
- Peserta kekok pada awalnya kerana tidak biasa tetapi setelah mencuba beberapa kali, peserta dapat menggunakan dengan betul.
Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 22 Ogos 2023 : 9:00 Pagi : 50 Orang : PEDi Kampung Selabak |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi info mengenai Program KITAR yang telah dijalankan di PEDi yang terpilih, dimana jika terdapat barang elektronik yang rosak dan tidak digunakan, boleh dimasukkan dalam kotak KITAR. Selain itu, wakil dari JAPEN (Jabatan Penerangan) juga memberi penerangan berkaitan scammer, yang mana sangat berleluasa berlaku sekarang ini. Akhir sekali, penglibatan dari Tabika Kemas Kg Salabak sangat menggalakkan.
Aktiviti
Program dimulakan dengan pertandingan mewarna oleh peserta-peserta dari Tabika Kemas Kg Selabak, dan pemilihan pemenang dipilih oleh Guru Kemas sendiri. Selepas itu, slot penerangan oleh Pengurus PEDi Kg Selabak berkaitan Program KITAR dan diteruskan dengan penerangan oleh Pegawai Penerangan Daerah Hilir Perak, Encik Hanafi bin Ahmad berkaitan scammer. Majlis diteruskan dengan pengagihan bendera Jalur Gemilang oleh mantan Ketua Kampung Kg Selabak, En Hadi kepada semua peserta yang hadir. Nyanyian lagu merdeka diteruskan. Semua peserta menyanyi dengan penuh bersemangat. Sebelum mengakhiri program, sesi cabutan bertuah diadakan, dan seramai 11 orang penerima membawa pulang pelbagai hadiah.
Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 12 Ogos 2023 : 10:00 Pagi : 1 Orang : PEDi Kampung Selabak |
Tujuan
Kelas sini bertujuan untuk membantu peserta mencetak sijil dengan bilangan yang banyak dalam satu masa
Aktiviti
1. Peserta belajar cara menggunakan Microsoft Excel bagi mencetak sijil
2. Peserta mencuba sendiri sehingga berjaya
Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 15 Ogos 2023 : 10:30 Pagi : 1 Orang : PEDi Kampung Selabak |
Tujuan
Memberi penerangan tentang tips-tips pemakaian lelaki semasa menghadiri temuduga
Aktiviti
Peserta mendengar dengan teliti dan mencatit segala info-info penting untuk kegunaan masa hadapan
LAPORAN AKTIVITI JULAI 2023 - SISTEM PENGAMBILAN BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SISTEM MySPP)
Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 23 Julai 2023 : 11:00 Pagi : 2 Orang : PEDi Kampung Selabak |
Tujuan
Peserta ingin memohon jawatan dalam SISTEM MySPP
Aktiviti
- Peserta membuat pendaftaran terlebih dahulu
- Peserta memohon jawatan kosong yang terkini