Sejak 1952 pejabat cawangan yang mula-mula diwujudkan di negeri Perak terletak di Ipoh dan Taiping di atas konsep Perbandaran.

Pada tahun 1964, pejabat cawangan JPAM dikembangkan kepada beberapa bandar yang lain  seperti di Teluk Intan, Sitiawan, Bagan Serai,  Kampar dan Tapah bagi menangani ancaman konfrantasi.

Pada tahun 1990 an  konsep daerah mula dilaksanakan di negeri Perak merangkumi beberapa daerah seperti  Hulu Perak, Kinta, Larut Matang & Selama dan Kuala Kangsar.  Bermula tahun 2007, beberapa Pejabat Daerah telah dibuka seperti Perak Tengah, Batang Padang, Hilir Perak,  Kerian, Manjung, Kampar dan beberapa unit seperti Selama, Sg. Siput, Gopeng,  Tapah dan Tg. Malim bagi tujuan memastikan perkhidmatan JPAM Perak yang lebih menyeluruh