BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENGENAL PERKAKASAN SERTA OPERASI KOMPUTER
Nama : Hassan bin Mad Basari Umur : 65 Tahun Ahli : 2014 |
Latar Belakang
Ketika kebanyakan lelaki yang seusianya berehat di rumah sambil melayan keletah cucu-cucu, En Hassan pula sibuk merancang strategi bagi memulakan perniagaannya dalam talian dengan berbekalkan minat dan semangat yang cekal di dalam diri pemilik nama Hassan bin Mad Basari ini.
Beliau merupakan seorang yang buta komputer dan it dan tidak pernah sekali pun memegang tetikus inikan pula menaip di atas papan kekunci, ujar beliau merendah diri. Memandangkan beliau berasal dari golongan yang kurang pendapatan dan berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) maka beliau tidak pernah memiliki laptop mahupun komputer sendiri di rumah. Hal tersebut merupakan salah satu penghalang untuknya mengetahui mengenai komputer dan internet walaupun mempunyai niat untuk mempelajarinya memandangkan terdapat segelintir rakan-rakan yang seusia dengannya mengetahui sedikit sebanyak mengenai it.
Beliau juga pernah mencuba pergi ke pusat siber berhampiran untuk mengenal sendiri apa itu internet namun beliau takut diketawakan oleh kanak-kanak yang berada disitu memandangkan beliau sudah tua dan bimbang digelar orang tua tidak sedar diri.
Namun, apabila beliau mendapat perkhabaran bahawa di Kampung Selabak akan membuka sebuah Pusat Internet(PI) pada Ogos tahun lalu walaupun beliau tidak mengetahui apa itu PI , beliau terus memasang niat untuk belajar bidang ICT. Beliau turut berazam untuk memiliki akaun Facebook seperti rakan-rakan seangkatan yang lain dan belajar lebih mendalam mengenai komputer dan internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Encik Hassan merasakan ada keperluan untuk mahir menggunakan komputer dan Microsoft office.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas dan bimbingan yang dijalankan Encik Hassan semakin mahir menggunakan komputer dan Ms office.