USAHAWAN KECIL MAKANAN

Nama  : Puan Noraini bt A.Khalid

Umur   : 65 Tahun

Ahli     : 2014

 

Latar belakang

Tercabar dengan gelagat dan kepintaran cucu bermain komputer, seorang nenek, Noraini Bt A.Khalid nekad untuk mengikuti kelas komputer bagi memastikan dirinya seiring perkembangan teknologi. Beliau yang merupakan seorang peniaga  mengambil keputusan untuk mengikuti kelas komputer di Pusat Internet(PI) Kampung Selabak kerana mengakui, kemahiran komputer akan memudahkannya melakukan urusan kerja. Beliau langsung tidak tahu mengenai komputer, apatah lagi teknologi sekarang yang semakin canggih sedangkan anak dan cucu-cucunya sangat mahir menggunakannya. Jadi, daripada beliau terlalu bergantung kepada anak dan cucu, lebih baik jika beliau mahir memanfaatkan teknologi. Menurut beliau, anak dan cucu memberi sokongan sepenuhnya dan beliau menganggap bidang IT sangat penting pada zaman sekarang sehinggakan cucu berumur tiga tahun pun sudah pandai menggunakan komputer.

Beliau yang berumur 62 tahun mengakui sanggup datang ke Pusat Internet (PI) Kampung Selabak setiap hari Selasa dan Khamis walaupun jarak antara rumahnya dengan PI lebih kurang 5km semata-mata mahu memperluaskan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat seperti Asas Komputer & Microsost Office Word memandangkan bidang tersebut mendapat sambutan pada zaman teknologi ini.

Puan Noraini bukanlah komuniti tempatan Kampung Selabak namun hasil dari aktiviti promosi yang dijalankan dan mendengar perkhabaran dari rakan-rakan, beliau mengetahui mengenai PI Kampung Selabak yang mula dibuka kepada orang ramai sejak Januari 2014. Mendengar perkhabaran tersebut, beliau terus mendaftarkan diri sebagai ahli dan mengikuti kelas Asas Penggunaan Tetikus & Papan Kekunci sebagai permulaan memandangkan beliau masih kekok untuk memegangnya.

Menurutnya, peluang sebegini tidak seharusnya dilepaskan oleh golongan warga emas seperti beliau kerana membawa banyak manfaat kepada masyarakat lebih-lebih lagi masyarakat Luar Bandar kerana dengan pengetahuan komputer ini mampu menjana pendapatan dan meningkatkan ilmu pengkomputeran.

Beliau akan terus mempelajari mengenai komputer khususnya mengenai Microsoft Office Word dan Internet kerana melalui Microsoft Office Word beliau dapat membuat pelbagai jenis surat, poster, jadual, graf, carta dan sebagainya manakala dengan internet pula banyak maklumat yang mampu diperoleh tidak kira dari segi kesihatan mahupun perihal keagamaan.

Penubuhan PI di Kampung Selabak ini menurut beliau dapat membantu masyarakat setempat termasuk golongan warga emas seperti beliau mendapat pengetahuan dengan lebih jelas mengenai komputer. Penduduk kampung disini amat bertuah dengan kewujudan PI dimana bukan sahaja boleh belajar malah boleh mendapat maklumat dengan cepat selain dapat membuka minda masyarakat luar bandar dengan dunia Microsoft Office Word dan Internet yang kini semakin dipelopori oleh masyarakat dunia.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Noraini ingin belajar platform atas talian yang amat penting untuk diterokai kerana ianya salah satu medium pemasaran terpenting pada hari ini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk membuat akaun facebook untuk pernigaannya . Beliau juga memaksimumkan penggunaan whatsaap untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.