Nama : Saemah Binti Sarep
Umur : 42 Tahun
Usahawan : Perkhidmatan Menjahit Pakaian
Ahli : 4 Mei 2017
LATAR BELAKANG CALON :
Puan Saemah merupakan ibu kepada 5 orang anak yang masih bersekolah. Sebagai seorang ibu, sudah pastinya dia mahukan yang terbaik bagi anak-anaknya. Kehidupan yang baik merupakan impian bagi dirinya. Puan Saemah sangat gembira apabila mampu melihat anak-anaknya gembira ke sekolah pada setiap hari. Suami Puan Saemah merupakan seorang pekerja swasta dengan pendapatan RM1000 sebulan. Pelbagai keperluan dan kehendak perlu dipenuhi agar keluarganya boleh mengukir senyuman setiap hari. Namun pendapatan RM1000 sebulan tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan keluarganya. Disebabkan faktor ini, Puan Saemah berazam untuk belajar menjahit pakaian. Beliau berharap dengan menjahit dapat membantu meringankan beban keluarganya.
Tahun 2014 merupakan tahun begitu bermakna buat dirinya. Hal ini kerana pada tahun tersebut beliau telah pun menjalankan perkhidmatan menjahit pakaian lelaki dan perempuan secara rasmi. Beliau bermula dengan menjahit pakaian anak-anaknya, kemudian menjahit baju adik-beradiknya dan seterusnya menjahit pakaian jiran tentangga. Alhamdulillah perkhidmatannya semakin dikenali ramai. Beliau pandai menjahit baju kurung, baju melayu dan baju-baju moden. Pada usia puan Saemah 40 tahun beliau telah hidup di zaman perniagaan atas talian. Dimana pada zaman ini perniagaan atas talian amat penting untuk dipelajari. Beliau telah datang ke Pusat Internet (PI) Kampung Selabak walaupun jarak antara rumahnya dengan PI agak jauh. Di Pi kampong selabak, beliau telah berbincang dengan petugas tentang keperluan dirinya dan mencapai kata sepakat untuk belajar di PI kg selabak.
Beliau telah mendaftarkan diri sebagai ahli pada 4 mei 2017. Sejak dari itu beliau telah mengikuti beberapa kelas bimbingan perniagaan atas talian yang dijalakan oleh PI. Antara yang dipelajari olehnya adalah membuat kedai online, pemasaran percuma dan berbayar, Iklan percuma dan berbayar dan close sale. Menurutnya, peluang sebegini tidak seharusnya dilepaskan oleh seperti beliau kerana membawa banyak manfaat kepada masyarakat lebih-lebih lagi masyarakat Luar Bandar.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Puan Saemah hanya menjalankan perkhidmatan secara offline. Hanya miliki ruang di rumah untuk menjalankan perniagaannya.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk membuat akaun facebook untuk pernigaannya. Beliau juga memaksimumkan penggunaan whatsaap untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- - Menggunakan Microsoft Office word untuk membuat risalah
- - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui whatsapp
- - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui whatsapp
- - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
- - Whatsapp sebagai medium menjual
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PI membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.