Nama : Siti Fatimah Binti Abidin @ Jaidin
Umur : 24 Tahun
Usahawan : Tea Detox
Ahli : 4 Mei 2017
LATAR BELAKANG CALON
Cik Fatimah merupakan seorang usahawan bagi produk kesihatan. Beliau merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Beliau menjalankan perniagaan kerana ingin menambah pendapatan hidupnya. Beliau merupakan seorang usahawan baru yang mana telah menjalankan perniagaannya sejak tahun 2016. Beliau sangat gigih menjalankan perniagaannya dan sanggup untuk belajar agar beliau mampu untuk melebarkan sayap perniagaannya. Beliau telah memilih untuk menjalankan perniagaan berasaskan produk kesihatan iaitu Tea Detox. Tea detox merupakan produk yang membantu melansingkan perut dan dalam masa yang sama memberikan tahap kesihatan yang baik kepada system dalaman wanita. Beliau mahu membantu seramai yang boleh agar golongan wanita miliki tahap kesihatan yang baik.
Cik Fatimah pada awalnya hanya menjalankan perniagaannya dengan berkongsi di kumpulan whatsapp dan dijual secara terus kepada rakan atau kenalannya. Hasil jualan juga tidak seberapa dan tidak mampu mencapai target yang telah ditetapkan oleh dirinya. Rakan baiknya telah mencadangkan agar beliau cuba mempelajari kemahiran perniagaan atas talian. Rakannnya juga mencadangkan beliau pergi ke pusat internet kerana boleh belajar dari asas dan harga yang berpatutan. Beliau nekad untuk ke pusat internet dan berjumpa dengan petugas menceritakan hajatnya untuk belajar asas pemasaran atas talian. Beliau mula belajar asas dalam perniagaan atas talian.. Beliau telah mengikuti kelas asas pemasaran yang dijalankan di pusat it selabak. Beliau kini semakin mahir menggunakan platform atas talian seperti FB dan whatsapp sebagai platform pemasaran atas talian.
Cik Fatimah memiliki impian yang sangat besar iaitu beliau mahu menjadi usawahan yang Berjaya. Beliau berharap agar cita-citanya dapat dicapai dan mampu untuk terus kuat menambah ilmu pengetahuan agar dapat mengembangkan lagi perniagaannya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Cik Fatimah menjalankan perniagaan atas talian tanpa asas yang kukuh.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan bersama Cik Fatimah, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran. Ilmu beliau semakin bertambah dan mahir menggunakan facebook dan whatsapp bagi tujuan perniagaan.