Nama : Khairul Faidz Shah bin Mohd Kamal
Umur : 16 Tahun
Ahli : 15 Februari 2014
LATAR BELAKANG CALON
Faidz merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik. Adik Faidz merupakan pelajar sekolah menengah dan sedang belajar di tingkatan 4. Beliau adalah seorang yang berasal daripada latar belakang keluarga yang sederhana. Faidz yang suka mencuba perkara-perkara yang baru sangat suka mempelajari dan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan sehariannya.
Keperluan untuk menggunakan komputer dan internet telah membawa dirinya untuk dapatang mendapatkan perkhidmatan di pusat internet (PI) kampung selabak Teluk Intan Perak. Disini Faidz telah mengikuti pelbagai kelas teknologi maklumat dan bimbingan yang berterusan bagi memahirkan penggunaan ICT. Kini Faidz semakin mahir dalam penggunaan komputer dan software editing seperti Movie maker, viva video. Faidz kini semakin pandai membuat video dan memuat naik ke youtube untuk tatapan rakan-rakannya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Adik Faidz kurang mahir dan keyakinan untuk menggunakan komputer dan internet. Namun untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh sekolah, dia perlu belajar memahirkan diri untuk menggunakan komputer dan internet.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas dan bimbingan yang berterusan yang diberikan oleh petugas PI, Faidz kini semakin mahir menggunakan Komputer dan internet dan kini Faidz mampu untuk membantu rakan-rakanya yang kurang mahir untuk menggunakan komputer
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- - Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan menyiapkan tugasan yang diperoleh dari sekolah
- - Mempelajari penggunaan software video editing, audio editing, video converter dan lain-lain.
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- - PI membantu memahirkan diri saya tentang komputer dan internet.
- - Memberi kelas tambahan dan bimbingan berterusan
- - Video tentang saya dimasukkan ke youtube