Nama : NORHAINI BINTI SAMSINAR
Umur : 44 TAHUN
Usahawan : NASI LEMAK
Ahli : 17 APRIL 2018
LATAR BELAKANG CALON
Puan Haini merupakan ibu kepada 6 orang anak. Beliau merupakan seorang usahawan sepenuh masa. Suaminya juga merupakan seorang usahawan yang turut membantunya menjalankan perniagaan nasi lemak ayam goreng berempah dan pelbagai lauk lagi. Beliau telah menjalankan perniagaan nasi lemak sejak 6 tahun yang lalu dan kini telah pun membuka cawangan di medan selera taman Ros Beliau menguruskan gerainya bersama-sama ahli keluarganya. Suaminya yang dikenali wak misai dan anak-anaknya tidak lokek dalam mengerahkan tenaga untuk memastikan perniagaan keluarganya berjalan dengan baik.
Tahun 2018 merupakan tahun di mana beliau percaya bahawa pemasaran atas talian kini menjadi satu kemahiran yang amat penting buat dirinya. Bagi memastikan dirinya tidak ketinggalan dalam kemahiran pemasaran ini beliau telah mendapatkan bantuan petugas pusat internet kg selabak. Beliau telah mengikuti beberapa siri kelas bimbingan pemasaran atas talian di pusat internet kg selabak. Antara siri kelas yang diikuti oleh beliau adalah kelas asas perniagaan online,Bimbingan pemasaran melalui whatsapp, dan kedai online.
Hasil pembelajaran tersebut di pusat internet kg selabak, beliau kini semakin mahir berkongsi perniagaan yang dijalankannya serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kedai beliau. Diharap semoga Puan Haini semakin Berjaya dan perniagaannya semakin berkembang pada masa akan datang.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Puan Haini menjalankan perniagaan nasi lemak dengan mempromosikan kepada rakan-rakan yang hampir dengan beliau.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk membuat akaun facebook untuk pernigaannya . Beliau juga memaksimumkan penggunaan whatsaap dan facebook untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- - Menggunakan Microsoft Office word untuk membuat risalah
- - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui facebook
- - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui facebook
- - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
- - Whatsapp dan facebook sebagai medium menjual
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PI1M membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.