Nama : ARPAH BINTI ARBI
Umur : 34 TAHUN
Usahawan : 'MOBILE CLEANING'
Ahli : 24 JULAI 2017
LATAR BELAKANG CALON
Cik Puan Arpah binti Arbi, 34,merupakan pemilik kepadamobile cleaning services yang telah dijalankan sejak 4 tahun yang lalu.Konsep peniagaannya yang membersih dan mengemas bangunan peribadi mahupun premis menjadi tarikan kepada komuniti setempat untuk menggunakan perkhidmatannya.
Beliau menjalankan perniagaan ini kerana ingin mengukuhkan kekuatan ekonomi dirinya. Pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan olehnya termasuk membuat roti jala, dan chocomalt. Beliau sentiasa berkerja keras agar impiannya boleh dicapai. Beliau memiliki seorang anak lelaki yang masih bersekolah. Perkara ini turut menjadikan dirinya begitu bersungguh-sungguh berusaha melaksanakan kerjanya agar keperluan anaknya dapat dipenuhi. Beliau amat rajin mengikuti pelbagai kursus dan kemahairan bagi memastikan dirinya sentiasa memiliki ilmu yang terkini dan seterusnya mengembangkan lagi perniagaannya.
Tahun 2017 merupakan detik beliau mula memandang perniagaan atas talian sebagai satu platform yang perlu dimiliki. Beliau telah menyertai pelbagai kelas pemasaran atas talian termasuklah kelas dan bimbingan yang dianjurkan oleh pusat internet kampong selabak. Antara kelas dan bimbingan yang telah disertai oleh kak arpah di pusat internet kgselabak adalah kelas asas fb ads, kelas fotografi dan video serta bimbingan media e dagang. Beliau telah menunjukkan kesungguhannya dengan komitmen yang baik kerana tidak pernah culas menyertai bimbingan yang dijalankan sungguh jadualnya yang agak padat.
Beliau telah menggunakan kemahiran yang diperoleh untuk merancakkan lagi pemasaran perkhidmatannya kepada komuniti. Semoga usaha Kak Arpah menjadi sesuatu yang terus boleh dibanggakan dan dicontohi oleh generasi anak muda di luar sana.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Cik Puan Arpah jarang-jarang menggunakan medium ict
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan bersama Cik Puan Arpah, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran. Ilmu beliau semakin bertambah dan mahir menggunakan facebook dan menangkap gambar bagi tujuan perniagaan.