Nama : SITI HAWA BINTI MISRUN
Umur : 24 TAHUN
Usahawan : DROPSHIP BARANGAN EMAS 916
Ahli : 17 APRIL 2018
LATAR BELAKANG CALON
Cik Hawa merupakan seorang anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Sebagai anak sulung sudah pasti dia mahu membantu ibu dan ayah serta adik-adiknya untuk meringankan beban keluarganya. Taraf ekonomi keluarga yang baik menjadi impian hidupnya selain melihat kegembiraan di wajah ayah dan ibunya. Cik Hawa merupakan seorang peniaga atas talian yang menjual emas 916 sepenuh masa. Beliau telah pun mendaftarkan perniagaannya dengan suruhanjaya syarikat Malaysia sejak 0ktober tahun 2016. Pendapatan bulanan beliau tidak tetap dan menyebabkan dirinya merasakan perlunya untuk tambah ilmu pengetahuan agar beliau boleh menambah pendapatannya.
Pada 2017 beliau telah memasang azam untuk mempelajari ilmu pemasaran atas talian. Beliau telah mengikuti beberapa siri kursus yang dianjurkan oleh MDEC melalui kursus e usahawan. Pelbagai ilmu baru telah beliau miliki bagi menambah baik kaedah pemasaran perniagaan atas talian. Beliau tidak menunggu lama untuk melaksanakan perkara yang telah dipelajari oleh dirinya dalam perniagaannya kerana padanya hasil hanya boleh diperoleh melalui usaha yang tak kenal erti jemu.
Beliau juga telah menujukkan minat untuk mengikuti kursus perniagaan atas talian yang dianjurkan oleh pusat internet kampong selabak. Beliau telah berjumpa petugas pusat internet untuk mendapatkan maklumat. Setelah mendapat penerangan daripada petugas beliau telah bersetuju untuk mengikuti bimbingan yang dijalankan oleh pusat internet. Beliau telah mengikuti beberapa kelas bimbingan perniagaan atas talian yang dijalakan oleh PI. Antara yang dipelajari olehnya adalah membuat kedai online, pemasaran percuma dan berbayar, Iklan percuma dan berbayar dan close sale. Beliau merasakan peluang ini perlu dimanfaatkan oleh semua orang kerana hanya denga nada kemahairan yang betul seseorang itu boleh mencapai impian sendiri
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Cik Hawa hanya menjalankan perkhidmatan secara online. Seorang yang sangat suka menambah ilmu tentang pemasaran atas talian.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk mengoptimumkan akaun facebook untuk pernigaannya . Beliau juga memaksimumkan penggunaan whatsapp untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- - Menggunakan Microsoft Office word untuk membuat risalah
- - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui whatsapp
- - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui whatsapp
- - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
- - Whatsapp sebagai medium menjual
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PI membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.