Nama : HANIS ATHIRAH BINTI JUNID
Umur : 29 TAHUN
Usahawan : KEK DAN ROTI
Ahli : 4 MEI 2017
LATAR BELAKANG CALON
Puan hanis amat suka membuat kek dan roti. Pelbagai kelas dan kursus telah disertai olehnya untuk memahirkan diri dalam membuat kek dan roti. Beliau telah menjalankan perniagaan sejak 2015 dan telah mendaftarkan perniagaannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Puan hanis menjalankan perniagaannya adalah kerana ingin membantu suaminya menambah pendapatan isi keluarga. Selain itu nekadnya beliau melibatkan diri dalam perniagaan adalah untuk memiliki simpanan sendiri dan memenuhi kehendak sendiri.
Dalam menjalankan perniagaannya beliau cukup teliti dalam memastikan kualiti pengeluaran hasil kek dan rotinya. Padanya kualiti amat penting agar pelanggannya dapat menikmati kek dan roti yang terbaik. Pada awal penglibatan dalam perniagaan ini, ianya hanya dijalankan secara jualan secara langsung kepada para pelanggan sedia ada. Dan hebahan dilakukan melalui mulut ke mulut dari pelanggan setia.
Pada 2017 Puan hanis telah pun melibatkan diri untuk mengikuti kelas asas perniagaan atas talian. Termasuk kelas yang dianjurkan oleh pusat internet kampung selabak. Ini kerana beliau berpendapat ilmu perlu dimbah bagi menambah pendapatannya. Beliau mula belajar asas dalam perniagaan atas talian.. Beliau telah mengikuti kelas asas pemasaran yang dijalankan di pusat it selabak. Beliau kini semakin mahir menggunakan platform atas talian seperti FB dan whatsapp sebagai platform pemasaran atas talian. Puan hanis memiliki impian yang sangat besar iaitu beliau mahu menjadikan perniagaannya bertambah maju dan mampu memiliki rumah sendiri. Semoga beliau dapat mencapai impiannya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Puan Hanis merupakan usahawan yang sangat berjiwa besar dan sentiasa menambah pengetahuan tentang perniagaan atas talian.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan bersama Puan Hanis, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran. Ilmu beliau semakin bertambah cekap menggunakan facebook dan whatsapp bagi tujuan perniagaan .