Nama    : NUR AZWIEN BINTI BOKHARI MUSLIM

Umur    : 17 TAHUN

Ahli       : 20 MAC 2014

 

LATAR BELAKANG CALON

      Azwien merupakan seorang remja yang berusia 17 tahun yang menetap di kampung selabak. Beliau merupakan seorang anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Beliau merupakan pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah yang hampir dengan rumahnya. Beliau dihantar oleh ayahnya sendiri ke sekolah. Beliau merupakan seorang pelajar yang sangat cekap dan cepat belajar. Apabila mengkuti kelas dan bimbingan beliau begitu mudah sekali untuk menerima maklumat dan terus boleh membuat perkara yang dtelah dipelajarinya. Adik Azwien kerap datang ke pusat internet. Beliau menaiki basikal dan kadang-kadang menaiki motorsikal ke pusat internet. Di pusat internet beliau suka melakukan aktiviti melayari internet untuk menambah pengetahuannya disamping menjadikan tempat ini sebagai tempat beliau menyiapkan tugasan kerja-kerja sekolah.

      Adik Azwien telah menyertai mengkuti kelas dan bimbingan yang dijalankan oleh pusat internet kerana beliau mengatakan bahawa banyak bernda baru yang masih belum diterokai. Beliau juga sangat cekap menggunakan komputer. Antara kelas dan bimbingan yang disertai adalah kelas asas komputer, asas internet, dashboard komuniti dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan oleh pusat internet. Beliau kini menjadi salah seorang rujukan di pusat internet sekiranya ada pengguna baru yang ingin menggunakan perkhidmatan di pusat internet. Beliau turut menarik minat ramai rakan-rakannya untuk datang ke pusat internet supaya mereka juga dapat belajar seperti mana dirinya.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI 

Adik Azwien merupakan seorang remaja yang suka mencuba perkara baru. Beliau hanya tahu menggunakan internet untuk youtube.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas dan bimbingan yang dijalankan Adik Azwien semakin pandai memilih sumber rujukan dan membuat carian bagi memperkaya ilmu dirinya.

 

Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI

  • - Mengenal perkakasan komputer
  • - Memahami asas pengoperasian komputer
  • - Menggunakan internet dan membuat carian dengan browser.
  • - Mempelajari Ms. Office 2010 bagi memudahkan menyiapkan tugasan.

 

Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT

  • PI membantu memahirkan diri saya tentang Komputer dan Ms Office

 

Gambar Disini