Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 27-28 Jun 2022 & 6-8 Julai 2022 : 9:00 Pagi : 40 Orang : PEDi Sendiri |
Tujuan
Latihan ini bertujuan untuk mengingatkan kembali kerja-kerja yang perlu dilaksanakan serta info-info terkini tentang pengurusan serta penerimaan barangan. Disamping itu, terselit juga kelas Shopee untuk panduan kepada pengurus supaya ilmu tersebut dapat diajar kepada usahawan-usahawan setempat.
Aktiviti
Semua maklumat-maklumat terkini disampaikan sepenuhnya. Soal jawab juga terjawab semasa sesi latihan ini. Bagi Kelas Shopee, penceramah menerangkan dengan jelas dan mudah difahami.
Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 25 Jun 2022 : 10:00 Pagi : 10 Orang : PEDi Lekir Batu 14 |
Tujuan
Memberi pendedahan penggunaan Ms Excel untuk membuat formula bagi memudahkan pengiraan.
Aktiviti
Pengurus PEDi Kampung Selabak dijemput untuk menjayakan bengkel ini. Seramai 10 peserta yang berminat mengikuti bengkel ini, dimana ada diantara mereka adalah usahawan kecil di sekitar kawasan Lekir Batu 14. Penggunaan Ms Excel dalam pengiraan akan memudahkan para peserta, dimana mereka tidak perlu membuat pengiraan secara manual. Peserta boleh membuat invoice, template dan simpanan stok keluar masuk produk peserta.
Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 5 April 2022 : 10:00 Pagi : 2 Orang : PEDi Kampung Selabak |
Tujuan
Mengajar ciri-ciri seterusnya (muatnaik gambar)
Aktiviti
Peserta diminta untuk mencari beberapa keping gambar di Google dan mencuba untuk memuatnaik ke dalam Microsoft Word
Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 23 April 2022 : 8:30 Pagi : 3 Orang : PEDi Kampung Selabak |
Tujuan
Membincangkan isu-isu semasa dan isu berbangkit
Aktiviti
Peserta menggunakan Google Meet bagi menghadiri mesyuarat ini. Isu-isu berkaitan dibincangkan.
Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 4 April 2022 : 10:00 Pagi : 2 Orang : PEDi Kampung Selabak |
Tujuan
Mengajar asas Microsoft Word kepada peserta
Aktiviti
Peserta diajar dengan mengenali ciri-ciri asas atau yang sering digunakan semasa membuat surat.