Tarikh

Masa

Peserta     

Lokasi

:     7 September 2021

:     10:00 Pagi

:     1 Orang

:     PIK Kampung Selabak     

 

Tujuan :

Sesi temuduga ini diadakan bagi mencari pengganti Penolong Pengurus PIK Kg Permatang Sg Manik yang telah berhenti. Seramai 8 orang calon menghadiri temuduga ini, dan diadakan secara atas talian.

Aktiviti :

Peserta datang ke PIK Kg Selabak bagi menghadiri temuduga ini. Sesi temuduga dijalankan dengan baik. 

Gambar Disini

Tarikh

Masa

Peserta     

Lokasi

:     6.9.2021 - 9.9.2021

:     2:30 Petang

:     1 Orang

:     PIK Kampung Selabak     

 

Tujuan :

Kelas latihan ini dibuat bertujuan membantu pelajar untuk menghadapi peperiksaan sebenar UPKK yang akan datang. Ini adalah inisiatif dari guru pelajar tersebut.

Aktiviti :

Pelajar mengikuti kelas gurunya selama tiga (3) hari berturut-turut. Pelbagai soalan diajukan oleh gurunya dan dapat dijawab oleh pelajar tersebut. 

Gambar Disini

Tarikh 

Masa

Peserta     

Lokasi

:     25 April 2021

:     8:00 Pagi

:     20 Orang

:     Dewan Kampung Selabak     

 

Tujuan :

Majlis ini merupakan anjuran bersama antara Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hilir Perak, Komuniti Kampung Selabak serta PIBG SK Selabak.  Aktiviti ini bertujuan memupuk semangat kerjasama antara penduduk kampung dalam menjayakan sesuatu majlis. Penglibatan penduduk kampung sangat-sangat menggalakkan. 

Aktiviti :

Bermula jam 8:00 pagi, ramai yang telah datang bagi membantu menjayakan majlis ini. Adun Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin turut serta hadir bergotong-royong bersama komuniti Kampung Selabak dalam menjayakan majlis ini. Pengedaran bubur lambuk kepada orang awam diadakan pada 5:00 petang berhadapan Dewan Kampung Selabak. 

Gambar Disini

Tarikh

Masa

Peserta     

Lokasi

:     21 Ogos 2021

:     11:00  pagi

:     1 Orang

:     PIK Kampung Selabak     

 

Tujuan :

E-tuisyen dapat membantu para pelajar memahami pembelajaran dengan lebih baik. Sepanjang Covid-19 melanda Malaysia, semua pelajar terpaksa belajar dirumah melalui atas talian sahaja. E-tuisyen adalah salah satu inisiatif untuk membantu pelajar mengulangkaji mata pelajaran yang masih tidak difahami.

Aktiviti :

Adik Aimy mengikuti kelas Matematik {panjang (penukaran unit, penambahan, penolakan, pendaraban, pembahagian)}, Bahasa Melayu {kata hubung ( maksuh dan cara penggunaan)} dan Bahasa Inggeris (jawab soalan berdasarkan petikan ayat). Adik Aimy dapat memahami ketiga-tiga kelas yang diikutinya. 

Gambar Disini

Tarikh

Masa

Peserta     

Lokasi

:     30 Mac 2021

:     9:00 Pagi

:     2 Orang

:     PIK Kampung Selabak (Zoom)     

 

Tujuan :

Seminar ini adalah anjuran bersama MCMC dan UNICEF, dimana ia membincangkan situasi dan cabaran terkini yang dihadapi Malaysia serta perkembangan isu sedia ada dan isu terbaru yang disebabkan oleh pandemik Covid-19. Antara topik-topik yang dibincangkan adalah seperti buli siber, keibubapaan digital serta kesan Covid-19 terhadap perlindungan kanak-kanak dalam talian.  

Aktiviti :

Sesi soal jawab diadakan bagi peserta yang tidak memahami. Bahan rujukan juga disediakan oleh penceramah kepada peserta.

Gambar Disini