Nama

Umur

Usahawan     

Ahli

 :  PUAN NOOR AIN BINTI MD DARUS      

 :  26 TAHUN

 :  KUIH TALAM

 :  4 MEI 2017

 

Latar Belakang Calon

Puan Ain merupakan seorang peniaga kuih talam sepenuh masa. Beliau telah pun mendaftarkan perniagaannya dengan suruhanjaya syarikat Malaysia sejak tahun 2015. Pendapatan bulanan beliau tidak tetap dan menyebabkan dirinya merasakan perlunya untuk tambah ilmu pengetahuan agar beliau boleh menambah pendapatannya.  Tahun 2015 merupakan tahun di mana beliau nekad untuk memulakan pembuatan dan perniagaan kuih talam. Pada awalnya beliau hanya meletak kuih talam di gerai-gerai kenalannya. Beliau juga telah menggaji beberapa orang krew untuk memudahkan urusan penghantaran gerai ke gerai dan ke rumah-rumah. Pada 2017 beliau telah memasang azam untuk mempelajari ilmu pemasaran atas talian. Beliau telah mengikuti beberapa siri kursus yang dianjurkan oleh MDEC melalui kursus e usahawan. Pelbagai ilmu baru telah beliau miliki bagi menambah baik kaedah pemasaran perniagaan atas talian. Beliau tidak menunggu lama untuk melaksanakan perkara yang telah dipelajari oleh dirinya dalam perniagaannya kerana padanya hasil hanya boleh diperoleh melalui usaha yang tak kenal erti jemu. Beliau juga telah menujukkan minat untuk mengikuti kursus perniagaan atas talian yang dianjurkan oleh pusat internet kampong selabak. Beliau telah berjumpa petugas pusat internet untuk mendapatkan maklumat . Setelah mendapat penerangan daripada petugas beliau telah bersetuju untuk mengikuti bimbingan yang dijalankan oleh pusat internet. Beliau telah mengikuti beberapa kelas bimbingan perniagaan atas talian yang dijalakan oleh PI. Antara yang dipelajari olehnya adalah membuat kedai online, pemasaran percuma dan berbayar, Iklan percuma dan berbayar dan close sale. Beliau merasakan peluang ini perlu dimanfaatkan oleh semua orang kerana hanya dengan adanya kemahiran yang betul seseorang itu boleh mencapai impian sendiri. Semoga Puan Ain mampu menjadi usahawan yang Berjaya.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI 

Puan Ain hanya menjalankan perkhidmatan secara langsung. Seorang yang sangat suka menambah ilmu tentang perniagaan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk mengoptimumkan akaun facebook untuk pernigaannya . Beliau juga memaksimumkan penggunaan whatsapp untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.

Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI

  • - Menggunakan Microsoft Office word untuk membuat risalah
  • - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui whatsapp
  • - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui whatsapp
  • - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
  • - Whatsapp sebagai medium menjual

Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT

  • PI membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.