Nama

Umur

Usahawan     

Ahli

 :  ASMAH BINTI ZIK @ MOHAMED

 :  44 TAHUN

 :  MAKANAN (KEK, ROTI, BISKUT)     

 :  17 MEI 2017

 

Latar Belakang Calon

Kak Asmah telah berniaga sejak 2010 kerana dia rasa taraf ekonomi keluarganya yang kurang baik.  Pada awalnya beliau hanya membuat kuih muih dan kek. Hal ini kerana,  pada masa itu kemahiran itu sahajalah yang beliau miliki dan boleh di gunakan untuk menambah baik ekonomi keluarganya. Semangat Kak Asmah terus kuat apabila beliau merasakan perlunya untuk membantu  membeli barangan keperluan dan kehendak oleh setiap ahli dalam keluarganya. Sebagai seorang ibu kepada 3 orang anak, beliau telah menunjukkan tekadnya dalam bidang keusahawanan apabila beliau telah mendaftar perniagaannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Selain daripada itu beliau juga telah menyertai pelbagi kursus bakeri dan pastry serta kursus-kursus yang meningkatkan kemahiran dan jati dirinya. Pada 2015 beliau telah melebarkan lagi strategi pemasaran pun menggunakan medium social untuk mempromosikan perniagaannya. Usaha yang berterusan oleh kak asmah semakin membuahkan hasil apabila beliau sikit demi sedikit sudah mampu membantu dalam memenuhi keperluan dan kehendak ahli keluarganya. Pada 2017 beliau telah memasang azam untuk mempelajari ilmu pemasaran atas talian. Beliau telah mengikuti beberapa siri kursus kursus e usahawan. Pelbagai ilmu baru telah beliau miliki bagi menambah baik kaedah pemasaran perniagaan atas talian. Beliau tidak menunggu lama untuk melaksanakan perkara yang telah dipelajari oleh dirinya dalam perniagaannya kerana padanya hasil hanya boleh diperoleh melalui usaha yang tak kenal erti jemu. Beliau juga telah menujukkan minat untuk mengikuti kursus perniagaan atas talian yang dianjurkan oleh pusat internet kampong selabak. Beliau telah mengikuti beberapa kelas bimbingan perniagaan atas talian yang dijalakan oleh pim. Antara yang dipelajari olehnya adalah membuat kedai online, pemasaran percuma dan berbayar, Iklan percuma dan berbayar dan close sale. Beliau memiliki impian untuk memiliki kedai sendiri berhasrat untuk memasarkan biskutnya ke serata negara.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI 

Kak Asmah seorang yang minat meneroka ilmu baru.Telah menyertai pelbagai kursus untuk kebaikan diri. . Seorang yang sangat suka menambah ilmu tentang pemasaran atas talian.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk mengoptimumkan akaun facebook untuk pernigaannya . Beliau juga memaksimumkan penggunaan whatsapp untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.

Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI

  • - Menggunakan Microsoft Office word untuk membuat risalah
  • - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui whatsapp
  • - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui whatsapp
  • - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
  • - Whatsapp sebagai medium menjual

Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT

  • PIM membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.