Nama Umur Usahawan Ahli |
: RIDHWAN BIN AWANG : 29 TAHUN : AYAM KAMPUNG & FERTIGASI CILI : 4 MEI 2017 |
Latar Belakang Calon
Ridhwan atau lebih mesra dengan panggilan Wan merupakan anak muda yang berwawasan besar kerana memlilih bidang keusahawanan sebagai laluan untuk menambah pendapatan diri dan keluarganya. Beliau telah memulakan perniagaannya sejak 2011 dan masih meneruskannya sehingga kini. Semasa beliau memilih untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan beberapa perkara yang beliau pertimbangkan. Antaranya adalah kerana minat, mahu duduk dekat dengan keluarga dan kudratnya yang masih muda. Beliau telah memiliki Sijil Syarikat Malaysia kerana ianya symbol kesungguhan dirinya. Pada 2017 beliau telah memasang azam untuk mempelajari ilmu pemasaran atas talian. Beliau telah mengikuti beberapa siri kursus kursus e usahawan. Pelbagai ilmu baru telah beliau miliki bagi menambah baik kaedah pemasaran perniagaan atas talian. Beliau tidak menunggu lama untuk melaksanakan perkara yang telah dipelajari oleh dirinya dalam perniagaannya kerana padanya hasil hanya boleh diperoleh melalui usaha yang tak kenal erti jemu. Beliau juga telah menujukkan minat untuk mengikuti kursus perniagaan atas talian yang dianjurkan oleh pusat internet kampung selabak. Beliau telah mengikuti beberapa kelas bimbingan perniagaan atas talian yang dijalakan oleh pim. Antara yang dipelajari olehnya adalah membuat kedai online, pemasaran percuma dan berbayar, Iklan percuma dan berbayar dan close sale. Beliau memiliki impian untuk menjadi pengeluar bekalan ke seluruh dunia dan menjadi sbuah jenama yang besar.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Ridhwan seorang yang minat meneroka ilmu baru.Telah menyertai pelbagai kursus untuk kebaikan diri. . Seorang yang sangat suka menambah ilmu tentang pemasaran atas talian.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk mengoptimumkan akaun facebook untuk pernigaannya . Beliau juga memaksimumkan penggunaan whatsapp untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- - Menggunakan Microsoft Office word untuk membuat risalah
- - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui whatsapp
- - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui whatsapp
- - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
- - Whatsapp sebagai medium menjual
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PIM membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/592-kisah-kejayaan-keusahawanan-suku-tahun-kedua-2019-1#sigFreeId48518eea9d