Nama Umur Usahawan Ahli |
: MUHAMMAD FITRI BIN MD REDZUKI : 23 TAHUN : POMADE : 4 MEI 2017 |
Latar Belakang Calon
Fitri suka berniaga kerana dia ingin menambah pendapatan serta menambah pengetahuan dalam perniagaan. Selain itu juga sikap tidak kenal penat lelah menjadi taruhan dirinya untuk meneruskan bidang perniagaan yang dia ceburi. Kesungguhan dia ditunjukkan apabila dia nekad berdaftar menjadi agen bagi 1 jenama pomade tempatan. Beliau telah mengkuti kelas bimbingan yang dianjurkan oleh pemilik produk tersebut. Dan terus membuat tindakan menjual di media social. Fitri pada awalnya hanya menjalankan perniagaannya dengan berkongsi di kumpulan whatsapp dan di Fb. Namun hasil jualan tidak seberapa dan tidak mampu mencapai target yang telah ditetapkan oleh dirinya. Beliau nekad untuk mempelajari asas pemasaran online dan mengikuti perlbagai kursus pemasaran yang berada di pasaran. Beliau juga hadir ke pusat internet dan berjumpa dengan petugas menceritakan hajatnya untuk belajar asas pemasaran atas talian. Beliau telah mengikuti kelas pemasaran yang dijalankan di pusat it selabak. Beliau kini semakin mahir menggunakan platform atas talian seperti FB dan whatsapp sebagai platform pemasaran atas talian percuma dan berbayar. Fitri memiliki impian yang sangat besar iaitu beliau mahu memiliki sebuah barbershop iaitu kedai gunting rambut yang sedang trending pada masa ini serta memiliki pengubahsuaian dalaman kedai yang moden dan cantik. Beliau berharap agar cita-citanya dapat dicapai
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Fitri menjalankan perniagaan atas talian tanpa asas yang kukuh.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan bersama Fitri, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran. Ilmu beliau semakin bertambah dan mahir menggunakan facebook dan whatsapp bagi tujuan perniagaan
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/594-kisah-kejayaan-keusahawanan-suku-tahun-kedua-2019-2#sigFreeIdda107c4e3d