Nama

Umur

Usahawan     

Ahli

 :  MUZAINI AKMA BINTI MUSTAFFA

 :  30 TAHUN

 :  PEWANGI & PERKHIDMATAN DOBI     

 :  24 JULAI 2017

 

LATAR BELAKANG CALON

Kak Akma telah berniaga sejak 2009 kerana dia berhasrat untuk menambah baik ekonomi keluarganya. Semangat Kak Akma terus kuat apabila beliau merasakan perlunya untuk membantu  membeli barangan keperluan dan kehendak oleh setiap ahli dalam keluarganya. Sebagai seorang ibu kepada 1 orang anak, beliau telah menunjukkan tekadnya dalam bidang keusahawanan apabila beliau telah mendaftar perniagaannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pada 2010 beliau telah melebarkan lagi strategi pemasaran dengan menggunakan medium sosial untuk mempromosikan perniagaannya. Usaha yang berterusan oleh kak Akma semakin membuahkan hasil apabila beliau sikit demi sedikit sudah mampu membantu dalam memenuhi keperluan dan kehendak ahli keluarganya. Beliau telah memasang azam untuk mempelajari ilmu pemasaran atas talian. Beliau telah mengikuti beberapa siri kursus kursus e usahawan. Pelbagai ilmu baru telah beliau miliki bagi menambah baik kaedah pemasaran perniagaan atas talian. Beliau juga telah menujukkan minat untuk mengikuti kursus perniagaan atas talian yang dianjurkan oleh pusat internet kampung selabak. Beliau telah mengikuti beberapa kelas bimbingan perniagaan atas talian yang dijalakan oleh PI. Antara yang dipelajari olehnya adalah membuat kedai online, pemasaran percuma dan berbayar, Iklan percuma dan berbayar dan close sale. Beliau memiliki impian untuk memiliki kedai sendiri dan mampu mempelbagaikan  lagi jualan di premis perniagaannya suatu hari ini.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI 

Kak Akma seorang yang minat meneroka ilmu baru.Telah menyertai pelbagai kursus untuk kebaikan diri. Seorang yang sangat suka menambah ilmu tentang pemasaran atas talian.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk mengoptimumkan akaun facebook untuk pernigaannya . Beliau juga memaksimumkan penggunaan whatsapp untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.

Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI

  • - Menggunakan Microsoft Office word untuk membuat risalah
  • - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui whatsapp
  • - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui whatsapp
  • - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
  • - Whatsapp sebagai medium menjual

Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT

  • PIM membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.