Nama

Umur

Usahawan     

Ahli

 :  MAIZATUL AFIDAH BINTI ZAINON

 :  31 TAHUN

 :  PERUNDING KECANTIKAN MARY KAY     

 :  6 OKTOBER 2016

 

Latar Belakang Calon

Puan Mija suka berniaga kerana dia ingin menambah pendapatan serta menambah pengetahuan dalam perniagaan. Selain itu juga sikap tidak kenal penat lelah menjadi taruhan dirinya untuk meneruskan bidang perniagaan yang dia ceburi. Kesungguhan dia ditunjukkan apabila dia nekad berdaftar menjadi agen kecantikan dan kesihatan. Beliau telah mengkuti kelas bimbingan yang dianjurkan oleh pengusaha produk tersebut. Dan terus membuat tindakan menjual di media social. Puan Mija pada awalnya hanya menjalankan perniagaannya dengan berkongsi di kumpulan whatsapp dan di Fb. Namun hasil jualan tidak seberapa dan tidak mampu mencapai target yang telah ditetapkan oleh dirinya. Beliau merasakan penting bagi dirinya untuk menambah pengetahuan tentang pemasaran melalui atas talian. Beliau berhasrat untuk mempelajari asas pemasaran online dan mengikuti pelbagai kursus pemasaran yang berada di pasaran. Beliau telah hadir ke pusat internet dan berjumpa dengan petugas menceritakan hajatnya untuk belajar asas pemasaran atas talian. Beliau telah mengikuti kelas pemasaran yang dijalankan di pusat it selabak. Beliau kini semakin mahir menggunakan platform atas talian seperti FB dan whatsapp sebagai platform pemasaran atas talian percuma dan berbayar. Puan Mija memiliki impian yang sangat besar iaitu beliau mahu memiliki sebuah spa penjagaan kecantikan dan kesihatannya sendiriBeliau berharap agar cita-citanya dapat dicapai suatu hari nanti.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI 

Puan Mija menjalankan perniagaan atas talian tanpa asas yang kukuh.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan bersama Puan Mija, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran. Ilmu beliau semakin bertambah dan mahir menggunakan facebook dan whatsapp bagi tujuan perniagaan.