Nama

Umur

Usahawan     

Ahli

 :  ROHAZMI BIN SALLEH

 :  53 TAHUN

 :  MAKANAN (BIHUN SUP UTARA)     

 :  1 MEI 2019

 

Latar Belakang Calon

Encik Azmi telah berniaga sejak 1996 yang mana perniagaan ini pada asalnya merupakan hak milik ayahnya. Beliau mula megambil alih gerai tersebut apabila ayahnya mula mencebur diri dalam perniagaan yang lain. Beliau menyediakan pelbagai menu makanan yang boleh ditempah oleh pengunjung di gerai miliknya itu. Beliau mempunyai pendirian di mana tidak  mahu menjadi kuli kepada orang yang menjadikan dirinya sentiasa bersemangat menjalankan perniagaan sup utara. Seorang yang sangat mesra dengan panggilan abang mi, beliau tidak lokek dengan senyuman dan cukup mudah bertegur sapa dengan semua pelanggan yang datang ke kedainya. Selain itu juga, beliau nekad untuk terus berniaga kerana hanya itulah satu-satunya sumber yang diusahakannya untuk menampung keluarganya. Perniagaannya yang berusia 23 tahun itu dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 4 petang. Pada 2015 beliau telah melebarkan lagi strategi pemasaran pun menggunakan medium sosial untuk mempromosikan perniagaannya. Usaha yang berterusan oleh abang Mi membuahkan hasil apabila beliau sikit demi sedikit sudah mampu menambah jumlah pengunjung di gerainya. Pada 2017 beliau telah memasang azam untuk mempelajari ilmu pemasaran atas talian. Beliau telah menujukkan minat untuk mengikuti kursus perniagaan atas talian yang dianjurkan oleh pusat internet kampong selabak. Beliau telah mengikuti beberapa kelas bimbingan perniagaan atas talian yang dijalakan oleh pusat internet. Antara yang dipelajari olehnya adalah membuat kedai online, pemasaran percuma dan berbayar, Iklan percuma dan berbayar dan close sale. Beliau memiliki impian untuk menambah cawangan yang diuruskan oleh ahli keluarganya sendiri dan mampu mengekalkan rasa enak dan sedap pada selera pelanggan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI 

Abang Mi seorang yang minat meneroka ilmu baru.Telah menyertai pelbagai kursus untuk kebaikan diri. . Seorang yang sangat suka menambah ilmu tentang pemasaran atas talian.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk mengoptimumkan akaun facebook untuk pernigaannya . Beliau juga memaksimumkan penggunaan whatsapp untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.

Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI

  • - Menggunakan Microsoft Office word untuk membuat risalah
  • - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui whatsapp
  • - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui whatsapp
  • - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
  • - Whatsapp sebagai medium menjual
  • Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
  • PIM membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.