Nama

Umur

Usahawan     

Ahli

: AFIQAH HUSNA NASARUDDIN

: 27 TAHUN

: MAKANAN (TAUHU BERGEDIL, POPIA CARBONARA, CROQUETTES)

: 23 MEI 2017

 

Latar Belakang Calon

Cik Husna telah berniaga sejak 2017 kerana minatnya dalam berniaga. Beliau merupakan anak 3 daripada 5 orang adik beradik.  Pada 2017 beliau telah mula mengikuti kelas-kelas masakan bagi meningkatkan kemahiran dan kualiti hasil masakannya. Antara kelas masakan yang beliau ikuti adalah kelas tauhu bergedil dan aneka popia goreng. Pada peringkat awal, beliau menumpukan penjualan tauhu bergedil dan anela popia goreng kepada ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja sehinggalah ada rakan-rakannya yang mahu beliau untuk membuka pesanan kepada orang lain. Hal ini supaya beliau boleh meningkatkan lagi jualannya. Beliau telah mula belajar memasarkan produknya melalui perniagaan atas talian. Beliau telah memaksimumkan penggunaan whatsapp dan facebook sebagai tempat niaganya. Usaha yang tidak kenal erti jemu semakin membuahkan hasil apabila beliau sikit demi sedikit sudah mampu membantu dalam memenuhi keperluan dan kehendak ahli keluarganya. Beliau juga telah meletakkan produknya di gerai-gerai sekitar Teluk Intan. Cik Husna juga menunjukkan minat belajarnya apabila beliau telah mengikuti kursus perniagaan atas talian yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Selabak. Beliau telah mengikuti beberapa kelas bimbingan perniagaan atas talian yang dijalankan oleh Pusat Internet. Antara yang dipelajari olehnya adalah membuat kedai online, pemasaran percuma dan berbayar, Iklan percuma dan berbayar, membuat poster dan close sale. Beliau memiliki impian untuk memiliki kedai sendiri dan memiliki taraf sosioekonomi yang lebih baik pada masa akan datang.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Cik Husna seorang yang minat meneroka ilmu baru. Seorang yang sangat suka menambah ilmu tentang pemasaran atas talian demi meningkatkan jualan harian.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk memaksimumkan penggunaan akaun facebook dan penggunaan whatsapp untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.

Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI

  • - Menggunakan Microsoft Office word untuk membuat risalah
  • - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui whatsapp
  • - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui whatsapp
  • - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
  • - Whatsapp sebagai medium menjual

Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT

  • PI membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.