Nama Umur Usahawan Ahli |
: Hidayah Khairuddin : 28 Tahun : Air, Roti dan Sushi : 12 Disember 2018 |
Latar Belakang Calon
Cik Hidayah merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik. Beliau suka berniaga kerana sejak lagi beliau telah pon terbiasa meniaga kerana membantu ibunya berniaga nasi lemak di setiap pagi. Beliau juga merasakan dengan berniaga beliau mudah untuk mendapatkan pendapatan yang beliau mahukan. Cik Hidayah pada awalnya menjalankan perniagaannya dengan berkongsi di kumpulan whatsapp dan facebook. Setelah sekian lama, beliau merasakan hasil jualannya tidak mampu mencapai target yang telah ditetapkan oleh dirinya. Justeru merasakan bahawa perlu bagi dirinya untuk menambah pengetahuan tentang pemasaran melalui atas talian. Beliau nekad untuk mempelajari asas pemasaran online dan mengikuti kursus pemasaran melalui MDEC . Beliau juga telah hadir ke pusat internet dan berjumpa dengan petugas menceritakan hajatnya untuk belajar asas pemasaran atas talian. Beliau telah mengikuti kelas pemasaran yang dijalankan di pusat it selabak. Sepanjang mengikuti bimbingan di Pusat Internet Kampung Selabak, beliau telah mempelajari beberapa kemahiran baru seperti membuat poster promo dengan Canva.com, membuat ayat jualan dan membuat iklan percuma dan berbayar. Beliau kini semakin mahir menggunakan platform atas talian. Cik Hidayah berhasrat pernigaannya semakin bertambah baik pada masa depan. Beliau berharap agar cita-citanya dapat dicapai suatu hari nanti.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Cik Hidayah menjalankan perniagaan atas talian tanpa asas yang kukuh.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan bersama Cik Hidayah, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran. Ilmu beliau semakin bertambah dan mahir menggunakan facebook dan whatsapp bagi tujuan perniagaan.
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/914-kisah-kejayaan-q1-2020-usahawan-ii#sigFreeId2a7f66a9b0