Nama

Umur

Usahawan     

Ahli

: NONI BINTI HUSSAIN

: 57 TAHUN

: MAKANAN (KEREPEK GONGGOK BILIS, POPIA SIRA, REMPEYEK)     

: 7 APRIL 2015

 

Latar Belakang Calon

Pada awal 2010, beliau telah menyertai  kelas-kelas masakan bagi menambah pengetahuannya. Beliau bermula dengan menumpukan penjualan kerepek dan rempeyek kepada ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja sehinggalah ada rakan-rakannya yang mahu beliau untuk membuka pesanan kepada orang lain. Hal ini supaya beliau boleh meningkatkan lagi jualannya setiap bulan. Pada 2015 beliau telah membuka kedai yang dipenuhi dengan pelbagai kerepek dan rempeyek yang dibuat olehnya serta biskut yang dibuat oleh komuniti setempat. Beliau telah belajar dengan kursus anjuran MDEC untuk memasarkan produknya melalui perniagaan atas talian.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Puan Noni seorang yang minat meneroka ilmu baru. Seorang yang sangat suka menambah ilmu tentang pemasaran atas talian demi meningkatkan jualan bulanan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk memaksimumkan penggunaan akaun facebook dan penggunaan whatsapp untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.

Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI

  • - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui whatsapp
  • - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui whatsapp
  • - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
  • - Iklan percuma dan berbayar.

Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT

  • PI membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.