Nama Umur Usahawan Ahli |
: HALIMAH BINTI CHE AZMI : 40 TAHUN : MAKANAN (SAMBAL GARING IKAN BILIS) : 27 JANUARI 2014 |
Latar Belakang Calon
Kak Halimah merupakan Ibu kedua daripada 5 orang anak. Beliau merupakan suri rumah tangga sepenuh masa kerana ingin membantu suaminya menguruskan keperluan anak-anak. Tiga orang anaknya bersekolah menengah dan 2 orang bersekolah rendah. Beliau merasakan dengan berniaga beliau boleh sedikit sebanyak membantu tambah pendapatan harian. Kak Halimah pada awalnya menjalankan perniagaannya dengan berkongsi di kumpulan whatsapp dan facebook. Setelah sekian lama, beliau merasakan hasil jualannya tidak mampu mencapai target yang telah ditetapkan oleh dirinya. Justeru merasakan bahawa perlu bagi dirinya untuk menambah pengetahuan tentang pemasaran melalui atas talian. Beliau telah hadir ke pusat internet dan berjumpa dengan petugas menceritakan hajatnya untuk belajar perniagaan atas talian. Beliau telah mengikuti kelas perniagaan atas talian yang dijalankan di pusat internet kampong selabak. Sepanjang mengikuti bimbingan di Pusat Internet Kampung Selabak, beliau telah mempelajari beberapa kemahiran baru seperti membuat poster promo dengan Canva.com, membuat ayat jualan dan membuat iklan percuma dan berbayar serta membina kedai online di shopee. Beliau kini semakin mahir menggunakan platform atas talian. Kak Halimah berhasrat perniagaannya semakin bertambah baik pada masa depan.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Kak Halimah menjalankan perniagaan atas talian tanpa asas yang kukuh.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan bersama Kak Halimah, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran. Ilmu beliau semakin bertambah dan mahir menggunakan facebook dan whatsapp bagi tujuan perniagaan.
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/929-kisah-kejayaan-q3-2020-keusahawanan-ii#sigFreeId35441d5a57