Nama

Umur

Usahawan     

Ahli

: NORAKMALI BINTI MOHD SUPIAN

: 43 TAHUN

: MAKANAN (SAMBAL GARING, AISKRIM MALAYSIA, KEREPEK PERIA CRISPY     

: 20 JANUARI 2014

 

Latar Belakang Calon

Puan Akma  telah berniaga sejak 2018 kerana kecenderungannya nak bantu tambah baik ekonomi keluarga. Beliau merupakan ibu kepada 4 orang anak . Beliau sangat suka mencuba pelbagai resepi baru untuk dijual kepada orang ramai. Beliau bermula dengan menumpukan penjualan sambal garing dan aiskrim kepada ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja sehinggalah ada rakan-rakannya yang mahu beliau untuk membuka pesanan kepada orang lain supaya beliau boleh mengembangkan  lagi perniagaannya. Beliau telah mengikuti kursus anjuran MDEC untuk memasarkan produknya melalui perniagaan atas talian. Beliau telah memaksimumkan penggunaan whatsapp dan facebook sebagai tempat niaganya. Usahanya semakin membuahkan hasil apabila beliau sikit demi sedikit sudah mampu membantu dalam memenuhi keperluan dan kehendak ahli keluarganya. Puan Akma juga menunjukkan minat belajarnya apabila beliau telah mengikuti kursus perniagaan atas talian yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Selabak. Beliau telah mengikuti beberapa kelas bimbingan perniagaan atas talian yang dijalankan oleh Pusat Internet. Antara yang dipelajari olehnya adalah membuat kedai online, iklan percuma dan berbayar, dan close sale. Beliau memiliki impian untuk memiliki taraf sosioekonomi yang lebih baik pada masa akan datang. Selain itu beliau berhasrat untuk memiliki sebuah premis pemprosesan sambal garingnya sendiri.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Puan Akma seorang yang minat meneroka ilmu baru. Seorang yang sangat suka menambah ilmu tentang pemasaran atas talian demi meningkatkan jualan bulanan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk memaksimumkan penggunaan akaun facebook dan penggunaan whatsapp untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.

Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI

  • - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui whatsapp
  • - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui whatsapp
  • - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
  • - Iklan percuma dan berbayar.

Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT

  • PI membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.