Nama

Umur

Usahawan     

Ahli

: IKHWAN MUNIR

: 27 TAHUN

: MAKANAN (PIZZA HOMEMADE)     

: 27 JANUARI 2018

 

Latar Belakang Calon

Encik Ikwan merupakan seorang usahawan yang nekad. Dari kecil beliau telah menunjukkan minat dalam bidang perniagaan. Beliau merasakan dengan berniaga impiannya akan lebih pantas untuk direalisasikan. Encik Ikhwan pada awalnya menjalankan perniagaannya dengan berkongsi di kumpulan whatsapp dan facebook. Setelah sekian lama, beliau merasakan hasil jualannya tidak mampu mencapai target yang telah ditetapkan oleh dirinya. Justeru merasakan bahawa perlu bagi dirinya untuk menambah pengetahuan tentang pemasaran melalui atas talian. Beliau telah hadir ke pusat internet dan berjumpa dengan petugas menceritakan hajatnya untuk belajar perniagaan atas talian. Beliau telah mengikuti kelas perniagaan atas talian yang dijalankan di pusat internet kampong selabak. Sepanjang mengikuti bimbingan di Pusat Internet Kampung Selabak, beliau telah mempelajari beberapa kemahiran baru seperti membuat poster promo dengan Canva.com, membuat ayat jualan dan membuat iklan percuma dan berbayar serta membina kedai online di shopee. Beliau kini semakin mahir menggunakan platform atas talian. Encik Ikwan berhasrat agar perniagaannya semakin bertambah baik pada masa depan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Encik Ikwan menjalankan perniagaan atas talian tanpa asas yang kukuh.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan bersama Encik Ikwan, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran. Ilmu beliau semakin bertambah dan mahir menggunakan facebook dan whatsapp bagi tujuan perniagaan.