Tarikh : 18 Januari 2019 Masa : 9.15 Pagi Peserta : 5 Orang Lokasi : PI Taman Muhibbah |
Tujuan :
Kursus ini diadakan untuk memperingatkan kembali tujuan asal taklimat KDB diadakan. Kursus ini juga menyelitkan beberapa perkara baru yang patut diambil berat.
Aktiviti :
Paparan slide ditunjukkan untuk menerangkan setiap perkara yang perlu diambil tahu. Sesi soal jawab juga diadakan supaya peserta tahu dan faham setiap perkara yang dibincangkan.
Tarikh : 6 januari 2019 Masa : 8.00 Pagi Peserta : 70 Orang Lokasi : Pi Kg Selabak & Dewan Komuniti Kg Selabak |
Tujuan :
Selari dengan nama program, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang penting kesihatan tubuh badan. Tubuh badan yang sihat membolehkan kita membuat apa jua kerja dengan selesa dan pantas. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat, antaranya bersenam, mengambil pemakanan yang sihat dan lain-lain. Semua aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah berkait rapat dengan kesihatan.
Aktiviti :
Larian 1000 langkah menjadi pembuka acara dalam program ini. Pelbagai permainan dijalankan (timbang takraw, music chair, dan lain-lain), pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan sebagainya. Setiap pertandingan yang dijalankan, hadiah-hadiah menarik diberikan kepada pemenang. Cabutan bertuah juga diadakan untuk para peserta yang hadir. Makanan juga disediakan untuk para peserta. Program berjalan dengan lancar.
Tarikh : 15 Disember 2018 Masa : 9.30 Pagi Peserta : 10 Orang Lokasi : Pusat Internet Kg Selabak |
Tujuan :
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pembelajaran asas mengenai cara mencuci muka dan cara mekap yang betul, ringkas dan cepat. Pelbagai ilmu baru diberikan oleh 'Beauty Consultant' MaryKay, Puan Mija dan dimanfaatkan oleh para peserta. Para peserta dilihat sangat bersungguh-sungguh dalam mengikut semua ilmu yang diberikan.
Aktiviti :
Setiap peserta diberikan beberapa sample penjagaan kulit untuk dicuba. Demonstrasi setiap sample ditunjukkan dahulu, selepas itu baru peserta mencuba sendiri. Begitu juga dengan sesi mekap, dimana seorang peserta dijadikan model untuk demonstrasi. Seorang peserta dipilih sebagai pemenang kerana usaha beliau dalam mengikut semua tunjuk ajar yang diberikan. Setiap peserta juga diberikan hadiah cenderahati oleh Puan Mija.
Tarikh : 16 Disember 2018 Masa : 2.00 Petang Peserta : 19 Orang Lokasi : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Kursus ini diwajibkan untuk pengusaha dan pembantu premis yang terlibat dalam aktiviti perniagaan, terutamanya makanan. Semua pengusaha dan pembantu di kehendaki mendapatkan suntikan typhoid selaras dengan Akta Makanan 1983 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.Kursus ini dekendali Oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan Sikap Intan yang bertempat di Taman Melor. Setelah habis kursus, setiap peserta diberikan sijil.
Aktiviti :
Kursus ini padat dengan info-info penting dan sebagainya. Segala maklumat yang diberikan sangat berguna kepada semua pengusaha dan pembantu pengusaha. Antara maklumat yang diberikan adalah berkenaan aspek keselamatan, kebersihan, faktor-faktor keracuanan makanan dan lain-lain. Para peserta dilihat menyalin segala maklumat penting ini. Diakhir kursus, sijil pengendali makanan diberikan kepada semua peserta.
Tarikh : 22 November 2018 Masa : 9.30 Pagi Peserta : 30 orang Lokasi : Dewan Pejabat Tanah Daerah Hilir Perak |
Tujuan :
Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang penggunaan internet kepada semua peringkat umur. Dalam kalangan masyarakat sekarang, belum semua orang tahu tentang kebaikan dan keburukan internet. Kesedaran dalam penggunaan internet juga belum dikuasai sepenuhnya oleh masyarakat.
Aktiviti :
Taklimat ini merangkumi kebaikan, keburukan, contoh-contoh mangsa penyalahgunaan internet dan sebagainya. Diselitkan juga video-video menarik untuk tatapan peserta supaya mereka lebih memahami. Selain itu, terdapat juga kuiz bagi menguji tahap pemahaman peserta.