Tarikh    : 16 Ogos 2018 

Masa     : 4.00 Petang

Peserta : 2 Orang

Lokasi  : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memupuk semangat cintakan malaysia. Ini kerana bulan ogos merupakan bulan kemerdekaan yang ke 61 tahun. 

Aktiviti :

Peserta diminta untuk mencari logo malaysia dan menceritakan sedikit tentang kemerdekaan di Malaysia. Aktiviti ini juga membantu mereka untuk mencari maklumat-maklumat di dalam internet dan dimasukkan ke dalam microsoft word. Ini kerana hampir kesemua kerja sekolah memerlukan mereka untuk mencari seberapa banyak maklumat dalam internet. 

Gambar Disini

Tarikh    : 9 Ogos 2018

Masa     : 2.00 Petang

Peserta : 30 Orang

Lokasi  : Makmal Komputer SMK Sultan Abdul Aziz

 

Tujuan :

Bengkel ini dihadiri dari 10 buah sekolah dan seorang guru, dimana setiap sekolah menghantar tiga orang wakil. Antara sekolah yang terlibat adalah SMK Kg Bahagia, SMK Seri Perak, SK Raja Muda Musa, SK St. Anthony dan lain-lain. Bengkel ini juga dianjurkan oleh Pusat Kegiatan Guru Teluk Intan. Bengkel ini diadakan adalah untuk memberi penerangan dan juga pendedahan tentang beberapa aplikasi untuk membuat animasi. Diantaranya adalah Powtoon, Adobe After Effect, Anime Maker, One Stop Motion dan Toonlastic. Lima aplikasi tersebut merupakan aplikasi untuk membuat animasi bergerak untuk menceritakan apa jua kisah yang dihasilkan. 

Aktiviti :

Setiap sekolah telah diberikan tugas untuk membuat sebuah kisah mengunakan salah satu dari lima aplikasi tersebut. Dalam bengkel ini, Setiap sekolah memberikan penerangan bagi aplikasi yang digunakan serta memberikan beberapa contoh bagi mudah memahami. Guru yang terlibat juga memberikan penerangan yang lebih lanjut mengenai kesemua lima-lima aplikasi yang dinyatakan. Ini merupakan satu ilmu baru bagi kami sendiri. Info-info yang diberikan sangat menarik. Seperti yang dinyatakan diatas, setiap sekolah telah diberikan tugas masing-masing dan perlu menghantar hasil kerja kepada PKG Teluk Intan untuk dinilai. 

Gambar Disini

Tarikh    : 3 Ogos 2018

Masa     : 9.30 Pagi

Peserta : 9 Orang

Lokasi  : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Mesyuarat ini diadakan adalah untuk perbincangan bagi perancangan atau penambahbaikan beberapa perkara. Antaranya ialah Mycomm, portal, advokasi, PI Utilization, kehadiran, OKU dan lain-lain. Mesyuarat ini diketuai oleh En Ridha bersama-sama Pengurus PI Perak Hilir. 

Aktiviti :

DIsebabkan tahun ini mengalami perubahan kerajaan, ini bermaksud, PI juga perlu mengikut beberapa perkara yang perlu diubah. Ini termasuk logo 1M, dimana semua barang, tulisan atau apa sahaja yang mengandungi logo '1M', perlu dimansuhkan dalam kadar segera, sama ada disimpan atau diubah. Berkenaan dengan kehadiran (punch in / punch out / cuti) perlu diambil berat. Ini termasuk dalam KPI bagi setiap pekerja. Cuti juga perlu diremark di IHR. Selain itu, portal, Mycomm dan google drive perlu diupdate dari semasa ke semasa andai terdapat sebarang penambahan. Software terbaru iaitu software Jaws perlu dipasang disetiap PI sekurang-kurangnya 1 unit PC dan perlu ditampal sticker OKU. Software ini adalah kegunaan bagi golongan OKU dalam memudahkan mereka. Beberapa data juga ditunjukkan kepada semua Pengurus PI supaya mereka dapat mempertingkatkan lagi prestasi PI. Mesyuarat ini diakhiri dengan beberapa pesanan dari En Ridha dalam membantu pengurusan serta penambahbaikan PI. 

Gambar Disini

Tarikh    : 8.8.2018

Masa     : 1.30 Petang

Peserta : 120 Orang

Lokasi  : SMK Dato Sagor Langkap

 

Tujuan :

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukan internet. Pada masa kini, terlalu banyak penyalahgunaan internet berlaku diantaranya ialah penipuan atas talian (contoh : pembelian barang, identiti palsu, menang sejumlah wang dan sebagainya). Jika tersilap langkah, besar kemungkinan diri sendiri yang menanggung padah (contoh : kehilangan duit, barang dan maruah diri). Terdapat beberapa penerangan lain yang berkaitan dengan internet diterangkan kepada peserta.

Aktiviti :

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan diteruskan dengan slot KDB berkaitan dengan internet. Selain itu, terdapat Q&A diajukan kepada peserta untuk menunjukkan kefahaman peserta terhadap isi-isi yang telah disampaikan. Bagi mengelakkan peserta bosan, diantara slot-slot yang dibincangkan, diselitkan sekali beberapa video supaya peserta lebih mudah memahami. Cara ini dapat menarik minat peserta dalam memahami dan ingin mengetahui tentang slot yang seterusnya. Program ini diakhiri dengan sesi gambar sebagai kenangan bersama peserta dan guru yang terlibat. Penyampaian hadiah cenderahati kepada guru turut diadakan sebagai tanda terima kasih atas kesudian pihak sekolah dalam memberikan kami ruang serta peluang untuk memberi pendedahan tentang Pusat Internet serta maklumat-maklumat yang kami ingin sampaikan. 

Gambar Disini

Tarikh    : 27 Julai 2018

Masa     : 4.30 Petang

Peserta : 2 Orang

Lokasi   : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Kelas ini bertujuan membantu peserta menyiapkan tugasan sekolah mereka. Guru peserta meminta peserta untuk mencari maklumat tentang tokoh sejarah dan menyiapkan tugasan dalam bentuk Micorsoft Office Powerpoint. Kami membantu para peserta dalam menjelaskan setiap fungsi yang terdapat pada Microsoft Office Powerpoint supaya mereka tahu ingin menggunakannya. Microsoft Office Powerpoint juga boleh jadi menarik dengan memasukkan animasi berbeza bagi setiap tulisan atau mukasurat.  

Aktiviti :

Peserta mencari dahulu segala maklumat yang dikehendaki di internet. Kemudian, mereka menyusun atau mengolah kembali maklumat yang dicari kepada perkataan yang mereka paham. Ini kerana untuk mengelakkan plagiarisme atau erti kata lain, meniru bulat-bulat ayat dari internet. Setelah semua siap, baru kami mengajar mereka untuk memperkemaskan lagi slaid mereka supaya nampak lebih menarik dan tidak bosan. Mereka meneroka kesemua animasi-animasi yang terdapat dalam Micorsoft Office Powerpoint dan memilih mana mereka mahu. Selain itu, kami membantu memasukkan animasi bergerak dari internet dan dimasukkan ke Microsoft Office Powerpoint mereka. Diakhir kelas, mereka sudah memahami setiap fungsi-fungsi yang terdapat dalam Microsoft Office Powerpoint dan slaid mereka nampak menarik untuk dipersembahkan.

Gambar Disini