Tarikh    : 16 November 2018

Masa     : 9.00 Pagi

Peserta : 80 Orang

Lokasi  : Pi Lekir

 

Tujuan :

Program ini diadakan adalah untuk mengeratkan sillaturrahim sesama penduduk sekitar. Selain itu, program ini juga membantu dalam memberi pendedahan tentang internet kepada penduduk dan memperkenalkan pusat internet dengan lebih jauh. Pengurus dari PI lain juga turut membantu dalam menjayakan program ini. 

Aktiviti :

Pelbagai aktiviti menarik diadakan pada hari tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat mengaji dan hafazan, gubahan gula-gula, pemeriksaan kesihatan dan lain-lain. Terdapat juga beberapa pameran dan jualan diadakan, antaranya pameran dari COWAY, jualan susu FARM FRESH. Hadiah cenderahati juga turut disediakan pagi peserta yang bertuah. Program ini berlangsung dengan jayanya. 

Gambar Disini

Tarikh    : 19 November 2018 

Masa     : 11.00 Pagi

Peserta : 40 Orang

Lokasi  : Bilik Kemahiran Hidup SMK Raja Muda Musa

 

Tujuan :

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan dengan internet, dari segi maksud, kebaikan, keburukan dan sebagainya. Pendedahan ini penting bagi golongan pelajar-pelajar sekolah supaya dapat membantu mereka mencegah dari gejala yang tidak sihat. Terdapat pelbagai kes di serata dunia yang melibatkan salahgunaan internet. 

Aktiviti :

Sepanjang taklimat ini berlangsung, terdapat tayangan video-video pendek supaya peserta lebih memahami. Selain itu, disusuli juga beberapa soalan yang berkaitan dengan internet dan hadiah diberikan kepada peserta yang dapat menjawab dengan betul.

Gambar Disini

Tarikh    : 24 Oktober 2018

Masa     : 10.00 Pagi

Peserta : 1 Orang

Tempat : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Kelas ini merupakan sambungan kelas bimbingan yang diadakan pada 12 oktober 2018. Pada kali ini, kelas ini bertujuan membantu peserta dalam mengambil gambar terbaik dan menyunting gambar tersebut sebelum dimuatnaik dalam talian.

Aktiviti :

Peserta diajar mengambil gambar dari pelbagai posisi produk supaya dapat menghasilkan gambar yang menarik dan dapat menarik minat para pembeli. tidak dilupakan, latar belakang juga memainkan peranan penting dalam proses mengambil gambar, agar gambar tersebut jelas. Selepas itu, peserta juga diajar untuk menyunting gambar supaya tampak lebih menarik perhatian pembeli. 

Gambar Disini

Tarikh    : 20 Oktober 2018

Masa     : 9.00 Pagi

Peserta : 80 Orang

Tempat : Sekitar Pekan Bagan Datoh, SMK Sri Muara Bagan Datoh, PI Kg Teluk Buluh

 

Tujuan :

Aktiviti Explorace ini diadakan bertujuan untuk merangsang daya ingatan para peserta dalam menyelesaikan sesuatu situasi yang diberikan dalam aktiviti ini. Selain itu, kerjasama dalam kumpulan juga diperlukan dalam bagi memenangi aktiviti ini. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, situasi-situasi yang diberikan adalah berkaitan dengan pendedahan internet dari segi kebaikan dan keburukan. 

Aktiviti :

Antara aktiviti yang diadakan adalah mencari jumlah perkatan 'KDB', mengenalpasti pernyataan yang betul dan tidak betul yang berkaitan dengan internet, dan lain-lain. Aktiviti ini dijalankan disekitar Pekan Bagan Datoh dan dikawal oleh Pasukan Polis bagi memastikan keselamatan para peserta. Peserta dilihat sangat teruja dan bersemangat dalam menjawab kesemua situasi di semua 'checkpoint'.

Gambar Disini

Tarikh    : 12 Oktober 2018

Masa      : 3.00 Petang

Peserta  : 2 Orang

Tempat  : PI Kg Selabak

 

Tujuan:

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu usahawan dalam memasarkan produk mereka dalam talian, antaranya facebook dengan menggunakan 'facebook ads'. Ini bertujuan sebagai platform yang ideal untuk para usahawan. 

Aktiviti :

Peserta diajar cara-cara menggunakan 'facebook ads', dan peserta sendiri mencuba memasarkan produk mereka menggunakan 'facebook ads'. 

Gambar Disini