Tarikh : 5 Disember 2017 Masa : 10.00 Pagi Peserta : 7 Orang Lokasi : PI1M Kg Selabak |
Tujuan :
Pendedahan lanjut mengenai Myplace dan Cara Menggunakan Movie Maker
Aktiviti :
Sambung semula kerja-kerja untuk Myplace dan memberi tunjuk ajar dalam membuat video menggunakan movie maker. Peserta di beri contoh video yang telah siap diedit menggunakan movie maker, dan kemudian menggunakan ilmu diberi untuk membuat video sendri.
Tarikh : 4 Disember 2017 Masa : 10.00 Pagi Lokasi : PI1M Kg Selabak Peserta : 2 Orang |
Tujuan :
Memberi pendedahan tentang penggunaan Myplace dalam Dashboard Komuniti
Aktiviti :
Mengajar cara-cara menggunakan Myplace.
Program : Majlis Anugerah Cemerlang Tabika Kemas Kg Selabak & Tabika Kemas Parit Hj Alias Tarikh : 21 November 2017 Peserta : 50 Peserta Tempat : Dewan Komuniti Kg Selabak |
Tujuan :
Meraikan pelajar-pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan bagus sepanjang tahun.
Aktiviti :
Penganugerahan berlangsung dan diberikan sedikit cenderahati sebagai tanda penghargaan atas usaha pelajar-pelajar. Makanan dan minuman juga disediakan untuk tetamu.
Program : Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia Tarikh : 27 November 2017 Masa : 9.00 Pagi Tempat : Dewan Komuniti Kg Selabak |
Tujuan :
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk semangat kekeluargaan dalam mencapai keluarga yang harmoni dan sejahtera. Selain itu, memberi pendedahan tentang pentingnya kebersihan dalaman bagi wanita yang sudah berkahwin.
Aktiviti :
Penghargaan diberikan kepada yang layak serta pemeriksaan pap smear yang dilakukan oleh kakitangan LPPKN.
Tarikh : 18 November 2017 Masa : 9.00 Pagi Peserta : penduduk kg selabak Tempat : PI1M Kg Selabak |
Tujuan :
Memberi pendedahan tentang dashboard komuniti pada penduduk setempat
Aktiviti :
Pengenalan dashboard, myshop, mykomuniti, myhealth, myplace, serta cabutan bertuah kepada yang menyertai.