Tarikh : 1 Mac 2018 Masa : 8.00 Pagi Peserta : Penduduk Kg Selabak Lokasi : Koperasi Usahawan Jaya Desa Wawasan Selabak Hilir Perak Berhad |
Tujuan :
Program ini bertujuan untuk membantu para penduduk kampung dalam memberikan insentif bahan pertanian. Taklimat-taklimat berkaitan pertanian juga diberikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian Hilir Perak.
Aktiviti :
Penyerahan insentif kepada penduduk kampung berupa anak benih pokok, baja. Jamuan makanan juga disediakan.
Tarikh : 28 Februari 2018 Masa : 8.00 Pagi Peserta : Penduduk Kg Selabak Lokasi : Dewan Komuniti Kg Selabak |
Tujuan :
Program ini bertujuan untuk membantu para penduduk kampung dalam memberikan insentif bahan ternakan. Taklimat-taklimat berkaitan ternakan juga diberikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Veterinar.
Aktiviti :
Penyerahan insentif kepada penduduk kampung berupa anak ayam (20 ekor), garam bukit (20kg). Jamuan makanan juga disediakan.
Tarikh : 20 Februari 2018 Masa : 9.00 Pagi Peserta : Penerima & Ibu Bapa Tempat : Pusat Khidmat Adun Changkat Jong |
Tujuan :
Dermasiswa Yayasan Perak bertujuan untuk membantu dari segi kewangan semasa kemasukan semester pertama di IPT yang terpilih yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Perak.
Aktiviti :
Penerangan lanjut tentang program dermasiswa ini, dan pemberian cek kepada pelajar yang terpilih.
Tarikh : 25 Februari 2018 Masa : 8.00 Pagi Peserta : 20 Orang Tempat : PI Kg Selabak, Dewan Kg Selabak, SK Selabak, PaintBall Selabak |
Tujuan :
Mengeratkan lagi silaturrahim antara remaja penduduk kg selabak disamping menerapkan maklumat-maklumat berkaitan dengan pi di dalam permainan ini.
Aktiviti:
Setiap checkpoint, terdapat beberapa soalan dan permainan yang perlu diselesaikan sebelum beralih ke checkpoint seterusnya. Soalan-soalan yang ditujukan semuanya adalah berkaitan dengan pi.
Tarikh : 14 Februari 2018 Masa : 3.30 Petang Peserta : 2 Orang Tempat : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Supaya peserta tahu cara yang senang untuk copy & paste ke dalam Microsoft Word.
Aktiviti :
Peserta diminta untuk mencari artikel sempena tahun baru cina dan dimasukkan artikel tersebut ke Microsoft Word. Peserta juga perlu mencari gambar-gambar yang berkaitan dengan tahun baru cina dan dimasukkan ke dalam Microsoft Word.