Tarikh : 14 Januari 2018 Masa : 3.00 Petang Peserta : 2 Orang Lokasi : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Supaya peserta mahir menggunakan Microsoft Word untuk mempelbagaikan kaedah penyampaian yang mudah untuk difahami.
Aktiviti :
Peserta membuat carta aliran seperti yang diajar. Antaranya carta aliran mengenai salahsilah keluarga, carta organisasi kelas dan sebagainya.
Tarikh : 11 Januari 2018 Masa : 9.00 Pagi Peserta : Penduduk Sekitar Teluk Intan Lokasi : Pusat Khidmat Adun Changkat Jong |
Tujuan :
Program TUBE merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia diantara umur 18 - 30 tahun dalam menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan. 3 fasa pelaksanaan diperkenalkan.
Aktiviti :
Taklimat serta maklumat-maklumat penting yang berkaitan dengan program ini. Sesi permohonan secara online diadakan selepas tamat sesi taklimat.
Tarikh : 12 Januari 2018 Masa : 10 Pagi Peserta : 1 Orang Lokasi : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Supaya peserta memahami dan menguasai teknik untuk membuat surat rasmi yang betul.
Aktiviti :
Peserta diajar maklumat asas yang perlu ada pada surat rasmi. Contoh-contoh surat rasmi ditunjukkan pada peserta supaya peserta lagi memahami. Peserta cuba membuat sendiri surat rasmi.
Tarikh : 12 Januari 2018 Masa : 3.00 Petang Peserta : 2 Orang Lokasi : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Supaya peserta dapat membeli barang yang dikehendaki di laman sesawang dengan cara yang mudah dan selamat. Selain itu, peserta juga diajar untuk membandingkan harga dari pelbagai laman sesawang. Peserta juga diajar supaya berhati-hati dalam membuat sebarang pembelian agar tidak mudah ditipu.
Aktiviti :
Peserta diajar cara-cara untuk membeli barangan di laman sesawang atas talian. Peserta ditunjukkan beberapa laman sesawang yang popular pada masa kini dan membandingkan barang yang sama supaya peserta dapat membeli barang yang dikehendaki pada harga yang berpatutan. Selain itu, peserta didedahkan dengan beberapa video dan gambar-gambar yang menunjukkan sebarang penipuan yang boleh dilakukan semasa pembelian atas talian.
Tarikh : 4 Januari 2018 Masa : 3.00 Petang Peserta : 2 Orang Lokasi : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Supaya Peserta tahu menggunakan beberapa fungsi yang terdapat ada microsoft office.
Aktiviti :
Pelajar diajar beberapa teknik dalam menguasai microsoft office.