Tarikh : 19 Februari 2020 Masa : 3.00 Petang Peserta : 2 Orang Lokasi : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Kelas ini bertujuan menerangkan tentang laman web Shopee yang semakin popular sekarang. Zaman teknologi pada masa kini sangat memudahkan pengguna yang ingin membeli barang keperluan sekiranya tidak dapat keluar rumah atas sebab-sebab tertentu. Dari makanan sehingga ke pakaian ada dijual di Shopee, dan penghantaran pula boleh sampai ke depan pintu rumah.
Aktiviti :
Peserta mencuba buat pertama kali melawati laman web Shopee. Peserta mencari barang keperluan yang diperlukan di laman ini.
Tarikh : 13 Februari 2020 Masa : 3.00 Petang Peserta : 3 Orang Lokasi : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Kelas bimbingan ini bertujuan membantu peserta dalam menyiapkan tugasan sekolah. Ada diantara mereka masih belum mahir dalam menggunakan Microsoft Word sepenuhnya, seperti memasukkan gambar dari Google Image ke Microsoft Word.
Aktiviti :
Peserta diajar terlebih dahulu asas-asas yang penting. Selepas itu, peserta diminta untuk membuat sendiri. Diakhir kelas, peserta dapat memahirkan asas-asas Microsoft Word.
Tarikh : 21 Januari 2020 Masa : 8.30 Pagi Peserta : 20 Orang Lokasi : Pusat Internet Lekir |
Tujuan :
Latihan ini bertujuan memberi pengetahuan am kepada Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet yang belum pernah menghadiri sebarang latihan KOSPEN. Terdapat 7 modul kesihatan yang dibincangkan, tetapi hanya 3 modul sahaja yang dititkberatkan dan perlu dilaksanakan di Pusat Internet. Antara modul-modul tersebut adalah :
1) Pengenalan & Pengesanan Awal Penyakit Tidak Berjangkit
2) Amalan Pemakanan Sihat
3) Amalan Tidak Merokok
4) Hidup Yang Aktif
5) Pengurusan Berat Badan
6) Minda Sihat
7) Kemudaratan Alkohol
Penceramah yang dijemput adalah dalam kalangan doktor, jururawat dan pegawai kesihatan.
Aktiviti :
Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah, senaman ringan, dimana penceramahan menerangkan beberapa langkah senaman ringan yang boleh dibuat dan yang tidak boleh dibuat. Ini kerana, terdapat sesetengah langkah senaman yang tidak boleh dilakukan atas sebab kesihatan, banyak dilakukan dalam beberapa program. Selain itu, doktor juga menunjukkan cara bagaimana paras gula, ukuran berat tinggi, dan tekanan darah diambil dan dibaca mengikut standard yang telah ditetapkan.
Tarikh : 5 Februari 2020 Masa : 2.30 Petang Peserta : 7 Orang Lokasi : Pusat Internet Bandar Baru Teluk Intan |
Tujuan :
Taklimat ini bertujuan untuk memberitahu bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak meminta petugas Pusat Internet untuk membuat kelas FILMORA untuk guru yang akan terlibat nanti. Kursus pendek pula bertujuan untuk mengajar asas FILMORA kepada petugas.
Aktiviti :
Taklimat dan latihan diberikan dengan lengkap, jelas dan padat. Peserta dapat memahami asas FILMORA dengan baik.
Tarikh : 31 Disember 2019 Masa : 2.30 Petang Peserta : 60 Orang Lokasi : Dewan Komuniti Kampung Selabak |
Tujuan :
Program ini bertujuan membantu golongan asnaf dari segi kewangan. Masuknya tahun baru, bermakna pelbagai perbelanjaan diperlukan tambah-tambah lagi jika ada anak yang masih bersekolahan. Dengan sumbangan ini, dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung.
Aktiviti :
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti ucapan alu-aluan dari Penghulu Mukim Durian Sebatang, En Norsham Abdul Kadir, dan seterusnya wakil dari NGO Ikram Teluk Intan, Tn Hj Yunus. Penyampai sumbangan diteruskan, seramai 40 orang penerima. Majlis diakhiri dengan ucapan terima kasih dan jamuan makan.