Tarikh    : 24 September 2019

Masa     : 8.00 Pagi

Peserta : 80 Orang

Lokasi  : PI Kampung Selabak

 

Tujuan :

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kesihatan kepada pengunjung. Selain itu, dapat mengeratkan silaturrahim antara pengunjung dengan ahli MPKK dan badan-badan Kerajaan serta Swasta. Program ini juga dapat mewujudkan komuniti sihat dan berpengetahuan tentang ICT. Beberapa agensi kerajaan terlibat dalam program ini, antaranya Klinik Pergigian Teluk Intan, Unit Farmasi, Sekolah Kebangsaan dan Tabika Kemas. 

Aktiviti :

Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dijalankan. Antaranya eksplorasi dimana setiap 'check point' akan ada permainan berkaitan dengan ICT. Penglibatan adalah dari sekolah rendah. Selain itu, terdapat juga pemeriksaan gigi dan berus gigi beramai-ramai. Untuk aktiviti ini, pelajar tadika adalah keutamaan, kerana ingin memberi pendedahan tentang kepentingan kebersihan gigi. Pemeriksaan gigi juga dijalankanuntuk orang dewasa. Setelah pemeriksaan gigi dibuat, sekiranya terdapat masalah, boleh dirujuk di klinik gigi berhampiran. Itulah kelebihan aktiviti ini kerana semuanya percuma. Disamping itu,terdapat juga aktiviti salingan, antaranya kuiz online, masakan (oat), taklimat dan sebagainya. Kehadiran dari pengunjung juga sangat menggalakkan. Akhir sekali, program ini dirasmikan oleh Encik Mohammad Izzudin Bin Mohd Noor selaku Pengerusi MPKK Kg Selabak. 

Gambar Disini

Tarikh    : 29 Ogos 2019

Masa     : 9.00 Pagi

Peserta : 200 Orang

Lokasi  : Perkarangan Cawangan Ar Rahnu YaPEIM Teluk Intan

 

Tujuan :

Majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan tiga produk terbaru hasil kerjasama YaPEIM dan Etiqa Takaful dalam membantu semua kelompok rakyat terutamanya B40. Antara produk yang diperkenalkan adalah Kumpulan Mutiara PIusTakaful, Takaful Flexi PA dan Takaful Cash Care PA. Ketua Pegawai Eksekutif Family Takaful Berhad, Zafri Ab. Halim berkata ketiga-tiga produk yang baru diperkenalkan ini adalah mampu milik dan berbaloi dibelanjakan oleh kelompok rakyat dan memberi manfaat kepada 700 000 ahli termasuk pelanggan dan kakitangan YaPEIM dengan fokus segmen terbesarnya kelompok B40. Beliau berkata lagi produk ini diperkenalkan supaya ramai rakyat dapat dilindungi oleh perlindungan takaful. Turut dihadiri, Pemangku Ketua Pengarah YaPeim (Parihah Hasan), Pengarah Kanan Pengurusan Dana Infaq & Pembangunan Sosioekonomi dan Pengurusan YaPEIM. 

Aktiviti :

Pelbagai aktiviti menarik disediakan. Antaranya adalah Pemeriksaan Kenderaan oleh JPJ (motorsikal), Cabutan Bertuah, Persembahan Nyanyian Nasyid, Perkhidmatan Memperbaharui Insuran & Cukai Jalan, Perkhidmatan Cuci Emas Secara Percuma, Perkhidmatan Jual Beli Emas, Pendaftraan Ahli Ar Rahnu YaPEIM dan Pendaftaran Tabung Ibadah Qurban. 

Gambar Disini

Tarikh    : 7 Ogos 2019 

Masa     : 12.00 Tengah Hari

Peserta : 13 Orang

Lokasi  : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Tanaman Kenaf (Hibiscus Cannabinus) ialah sejenis tanaman berserat dan bukan berkayu dimana tanaman ini mampu tumbuh setinggi 4 meter dalam masa satu bulan. Lembaga Kenaf dan Tembakau memperkenalkan Program Kenaf unutk Rakyat (KUR) untuk membantu peserta menjana pendapatan. Ini kerana tanaman ini sangat mudah dijaga dan tempoh untuk mendapatkan hasil hanya memakan masa selama tiga bulan sahaja. Insentif diberikan kepada peserta berupa bahan mentah kenaf (ribbon), tangki dan bahan rendaman. 

Aktiviti :

Penerangan dari pegawai LKTN dan penyerahan borang pendaftaran untuk program ini, dimana pendaftaran adalah percuma. 

Gambar Disini

Tarikh    : 22 Ogos 2019

Masa     : 3.30 Petang

Peserta : 2 Orang

Lokasi  : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Kelas ini bertujuan membantu peserta memahirkan diri untuk menggunakan Microsoft Word. Pelbagai kegunaan boleh dibuat dengan Microsoft Word. 

Aktiviti :

Peserta mencari bahan rujukan di internet dan kemudian menyalin kembali ke dalam Microsoft Word. Selain itu, peserta juga menggunakan Chrome untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. 

Gambar Disini

Tarikh    : 8 Julai 2019

Masa     : 8.00 Pagi

Peserta : 100 Orang

Lokasi  : PI Kg Selabak & Dewan Komuniti Kg Selabak

 

Tujuan :

Hari Bersama Komuniti ini bertujuan menjemput orang ramai, terutamanya di kawasan Kg Selabak untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama insan. Selain itu, kami juga memberikan taklimat berkaitan internet, keselamatan diri, emas dan lain-lain kepada orang awam. Pelbagai aktiviti menarik kami sediakan buat para pengunjung. Antara agensi yang menyertai program kami adalah agensi dari Ar-Rahnu Yapeim, LHDN, TM dan KPDHEP. Program ini juga dibantu oleh kawan-kawan kami dari PI Celcom dan PI TM. Program dirasmikan oleh Penghulu Mukim Durian Sebatang, Tn HJ Mukhtar bin Yaacob. Program ini berjalan dengan lancar dan mendapat penyertaan yang sangat meriah dari orang awam. 

Aktiviti :

Antara aktiviti yang disediakan adalah Kahoot PI, Origami, Myplace, Mykomuniti, Mewarna 2D dan Mewarna Kanak-kanak. Penyertaan dari pengunjung sangat-sangat menggalakkan. Penyertaan dari pelajar Tabika Kemas juga sangat membanggakan. Terdapat 5 Tabika Kemas menyertai pertandingan mewarna. Selain itu, taklimat Filmora juga disediakan khas untuk pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak. Booth Ar-Rahnu Yapeim menyediakan perkhidmatan mencuci emas secara percuma. Ramai wanita, ibu-ibu mengambil kesempatan ini untuk mencuci emas mereka. Booth LHDN pula membantu menjawab pertanyaan dari penduduk kampung terutamanya berkaitan dengan BSH.

Gambar Disini