Tarikh    : 30 Disember 2019

Masa     : 2.30 Petang

Peserta : 30 Orang

Lokasi  : Pusat Internet Kg Selabak

 

Tujuan :

Program ini bertujuan untuk membantu pelajar sekolah rendah yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Seramai 20 pelajar sekolah disenaraikan untuk menerima bantuan persekolahan ini. 

Aktiviti :

Program dimulakan dengan ucapan dari Penghulu Mukim Durian Sebatang, En Norsham bin Abdul Kadir. Seterusnya sesi pemberian bantuan persekolah kepada pelajar sekolah yang terpilih. Turut hadir wakil dari MPKK Kg Selabak. Program berlangsung dengan lancar. 

Gambar Disini

Tarikh    : 13 Disember 2019

Masa     : 10.00 - 11.30 Pagi

Peserta : 1 Orang

Lokasi  : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Kelas bimbingan ini bertujuan membantu peserta dalam memahirkan diri untuk menaip artikel atau apa ua kerja yang boleh dibuat dalam Microsoft Office. Pada kali ini, peserta menggunakan Microsoft Office Word untuk menaip satu artikel. 

Aktiviti :

Peserta diberikan contoh satu artikel dan peserta diminta untuk menaip kembali di dalam Microsoft Office Word. Setiap perkataan dan ayat akan disemak oleh petugas sama ada betul atau tidak. Peserta menunjukkan peningkatan dalam menggunakan komputer, berbanding pada awal peringkat. 

Gambar Disini

Tarikh    : 6 November 2019

Masa     : 9.00 Pagi

Peserta : 57 Orang

Lokasi  : Dewan Makan Asrama SMK Raja Muda Musa

 

Tujuan :

Taklimat KDB ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai kebaikan dan keburukan internet terhadap masyarakat. Pelbagai topik dibincangkan dalam taklimat ini dimana, peserta sudah sedia maklum mengenai topik ini. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan bagaimana ia berlaku, impak/kesan terhadap masyarakat dan cara-cara untuk mengatasinya. 

Aktiviti :

Sesi Q&A juga diselitkan sekali supaya apa yang dibincangkan difahami oleh peserta. Hadiah saguhati disediakan kepada peserta yang dapat menjawab dengan tepat. Selain itu, ia juga membantu peserta supaya memberi tumpuan kepada taklimat tersebut. 

Gambar Disini

Tarikh    : 20 November 2019

Masa     : 3.00 Petang

Peserta : 3 Orang

Lokasi  : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Peserta membuat ulangkaji mata pelajaran SPM yang akan diduduki pada keesokan harinya. Maklumat serta latihan tambahan diperlukan oleh peserta untuk menghadapi peperiksaan seterusnya. SPM salah satu peperiksaan penting bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. 

Aktiviti :

Peserta mencari segala maklumat yang diperlukan di Google dan menulis semula kata-kata kunci maklumat yang dicari. Peserta juga ada membuat latihan tambahan supaya mereka lebih memahami. 

Gambar Disini

Tarikh    : 12 Oktober 2019

Masa     : 2.30 petang

Peserta : 15 Orang

Lokasi  : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai siaran digital dimana ianya sudah bermula di seluruh semenanjung Malaysia, manakala bagi Sabah dan Sarawak akan bermula pada 30 Oktober 2019. Siaran Digital myFreeview membolehkan pengguna menonton siaran dengan kualiti gambar dan bunyi yang lebih baik dari sebelum ini. Selain itu, terdapat lebih banyak saluran siaran tv dan  radio secara percuma.  Pengguna boleh mendapatkan siaran ini melalui dua cara, iaitu: 

1. Dekoder. (Tv biasa + Dekoder DVB-T2 + Aerial UHF)

2. IDTV (IDTV + Aerial UHF) 

Pengguna boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di 1800-18-1088 jika terdapat sebarang pertanyaan. 

Aktiviti :

Penerangan diberikan kepada sukarelawan dan petugas PI. Sesi soal jawab di antara Pn Zura dan peserta bagi sesiapa yang kurang memahami taklimat ini. 

Gambar Disini