Tarikh : 17 May 2019 Masa : 3.00 Petang Peserta : 1 Orang Lokasi : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Membantu peserta dalam memahami apa yang dia belajar di sekolah, dirumah atau di mana sahaja. Itulah fungsi kuiz-kuiz yang terdapat dalam internet, dimana peserta boleh akses di mana-mana sahaja dia berada.
Aktiviti :
Peserta mengambil kuiz berkaitan dengan subjek sains. Peserta dilihat dapat menjawab hampir kesemua soalan dengan betul. Ini menandakan peserta memahami apa sahaja yang dipelajarinya.
Tarikh : 12 Mei 2019 Masa : 3.30 Petang Peserta : 1 Orang Lokasi : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Scrib merupakan salah satu laman sesawang digital seperti perpustakaan dimana, terdapat lebih kurang 60 juta bahan bacaan. Antara bahan bacaan yang terdapat dalam Scrib adalah dokumen, majalah, audio dan sebagainya. Scrib sangat berguna kepada pelajar kerana terkandung pelbagai maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran.
Aktiviti :
Peserta menggunakan laman sesawang Scrib.com untuk mencari maklumat yang diperlukan. Kerja sekolah yang diberikan oleh guru peserta dapat disiapkan dengan cepat dan menjawab dengan tepat, dengan bantuan dari Scrib.
Tarikh : 29 April 2019 Masa : 10.30 Pagi Peserta : 200 Orang Lokasi : Dewan A, SMK Kampung Bahagia |
Tujuan :
Taklimat Klik Dengan Bijak bertujuan untuk memberi penerangan tentang kegunaan internet, antaranya adalah kebaikan, keburukan, dan lain-lain. Contoh-contoh bagi setiap tajuk adalah berdasakan insiden yang berlaku di dalam Malaysia, dimana peserta akan lebih mudah memahami.
Aktiviti :
Peserta diberikan penerangan mengenai internet dan diselitkan dengan kuiz beserta hadiah supaya peserta akan lebih fokus dan tidak mengantuk. peserta memberi sepenuh perhatian sepanjang taklimat berlangsung. Penglibatan dari peserta amat menggalakkan.
Tarikh : 9 May 2019 Masa : 3.00 Petang Peserta : 5 Orang Lokasi : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Latihan ini diberikan kepada peserta supaya peserta boleh menjual barangan dia mana-mana sahaja platform yang telah tersedia. Bagi kali ini, peserta diajar untuk menggunakan Shopee, dimana Shopee merupakan salah satu platform perniagaan atas talian yang paling terkenal dalam Malaysia. Di Shopee, pembeli terlindung dari scammer, dimana duit yang sudah dibayar akan dipegang oleh Shopee, dan setelah barang sampai dan pembeli berpuas hati, baru duit tersebut dimasukkan dalam akaun penjual.
Aktiviti :
Peserta diajar cara-cara untuk menggunakan shopee. Bermula dengan pendaftaran sehingga ke urusan jual beli. Peserta juga meneliti setiap kategori yang terdapat di dalam Shopee. Peserta perlu memahami penggunaan Shopee terlebih dahulu sebelum memulakan urusan jual beli.
Tarikh : 25 April 2019 Masa : 8.30 Pagi Peserta : 110 Orang Lokasi : Dewan Jauhari, Hospital Teluk Intan |
Tujuan :
Program ini merupakan program dibawah anjuran Unit Pengurusan Maklumat, Hospital Teluk Intan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai buli siber dan kepentingan perlindungan data peribadi. Buli siber semakin berleluasa pada masa kini yang mana terdapat segelintir dari mereka masih tidak mahu berhenti walaupun pelbagai cara untuk menghalangnya dibuat.
Aktiviti :
Penceramah bagi tajuk buli siber ialah Puan Hanita Izam bt Abdul Rahman, selaku Ketua Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia perak. Pusat Internet Juga terlibat dalam booth pameran yang disediakan oleh pihak Hospital Teluk Intan. Pelbagai hadiah, pameran, jualan dari usahawan diadakan. Kotak e-waste juga disediakan bagi sesiapa sahaja yang ingin memberi barangan elektrik terutamanya telefon pintar. Setiap yang menberi, hadiah akan diberikan sebagai tanda penghargaan. Sambutan dari kakitangan hospital dan orang awam sangat menggalakkan.