Tarikh    : 26 Mei 2018

Masa     : 11.00 Pagi

Peserta : 2 Orang

Lokasi   : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta dalam mencipta satu karya atas hasil usaha dan kreativiti masing-masing. Bengkel ini juga dapat menggalakkan lagi minat mereka dalam menyunting gambar-gambar yang diambil untuk dimuat turut dalam media sosial mereka. 

Aktiviti :

Peserta diajar beberapa simbol asas yang terdapat dalam perisian Adobe Photoshop. Selepas itu, peserta diminta untuk mencari bahan-bahan asas di laman google. Buat pertama kali, peserta diajar dengan bantuan pengajar, manakala untuk kali kedua, peserta diminta untuk membuat sendiri dan dipantau oleh pengajar. 

 

Gambar Disini

Tarikh    : 18 Mei 2018

Masa     : 4.00 Petang

Peserta : 10 Orang

Lokasi   : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu para peserta, terutamanya pelajar dari sekolah menengah, dimana, pada masa kini mereka perlu menyiapkan kerja kursus sejarah berkaitan dengan sejarah Kampung selabak. Kerja kursus ini wajib dibuat atas arahan pihak guru.

Aktiviti :

Peserta diminta untuk mencari maklumat di internet mengenai sejarah kg selabak, menemuramah beberapa penduduk tetap yang dah lama menetap di kg ini. Peserta juga diminta untuk mengambil beberapa gambar sebagai bukti dalam menghasilkan kerja kursus ini. Maka, PI Kg Selabak menjadi tempat untuk pelajar mencari maklumat yang dikehendaki. Portal PI Kg Selabak juga menjadi bahan dalam kerja kursus mereka kerana terdapat maklumat-maklumat mengenai sejarah kg ini. Ketua kg juga menjadi tumpuan kerana mereka ingin menemuramah beliau sekaligus menangkap gambar bersamanya. 

Gambar Disini

Tarikh    : 4 Mei 2018

Masa     : 9.30 Pagi

Peserta : 50 Orang

Lokasi   : Dewan Komuniti Kg Selabak

 

Tujuan :

Program ini bertujuan untuk menarik minat bakal-bakal usahawan yang ingin berdaftar dengan pegawai IAT pertanian, Puan Nurul untuk memulakan langkah awal. Penerangan dari segi awal pemprosesan sesuatu produk, penerangan kewangan, bantuan dan sebagainya diberikan. Produk coklat ini merupakan salah satu produk di bawah Jabatan Pertanian Daerah Hilir Perak, dimana kilang coklat ini berada di simpang 4 Hutang Melintang, berdekatan dengan PPK Hutan Melintang dan di belakang Pasaraya Billion. Usahawan coklat ini membuat penghasilan coklat bertan-tan dalam masa sehari, dan mempunyai pelbagai jenis variasi coklat, antaranya coklat emping jagung, coklat strawberry dan sebagainya. 

Aktiviti :

Demo penghasilan coklat ditunjukkan di hadapan para peserta yang hadir, dan coklat yang sudah sedia dimakan, diberikan kepada para peserta untuk merasa. Selain itu, jualan coklat hasil produk usahawan tersebut diadakan, dimana satu keping coklat hanya berharga RM1.00 sahaja. Selesai sahaja program tersebut, pegawai dari jabatan pertanian memberikan benih anak pokok limau purut percuma kepada setiap peserta yang hadir. Jamuan juga turut disediakan buat para peserta. 

Gambar Disini

Tarikh    : 5 Mei 2018

Masa     : 3.30 Petang

Peserta : 40 Orang

Lokasi  : Tapak Koperasi Usahawan Jaya Desa Wawasan Selabak

 

Tujuan :

Aktiviti ini bertujuan memupuk semangat setia kawan dan juga gotong royong sesama penduduk Kg Selabak. Aktiviti ini juga bertujuan untuk persediaan dalam menyambut bulan ramadhan pada 17 Mei 2018. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama penduduk sekaligus saling mengenali bagi penduduk yang baru sahaja berpindah disini. Aktiviti ini diadakan dengan jayanya dengan bantuan para peserta yang terlibat dan berjalan dengan lancar. 

Aktiviti :

Aktiviti ini dimulakan dengan rewang, dimana semua yang terlibat membantu dalam penyediaan bahan-bahan masakan (memotong, mengupas dan sebagainya). Selesai sahaja penyediaan bahan masakan, aktiviti seterusnya semestinya adalah memasak bubur lambuk. Sesi membersih juga diadakan bagi membersihkan kawasan sekitar. Selesai memasak, jamuan ringan diadakan, serta agihan bubur lambuk untuk penduduk setempat. 

 

Gambar Disini

Tarikh    : 29 April 2018

Masa     : 8.00 Pagi

Peserta : 230 Orang

Lokasi  : PI Kg Permatang

 

Tujuan :

Program ini menggabungkan tiga buah PI dibawah Parlimen Pasir Salak iaitu PI Kg Permatang Sg Manik, PI Kg Makmur Sg Galah dan PI Kg Gajah. Turut membantu PI Selabak dan juga PI dari Celcom. Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama penduduk setempat. Program ini juga dapat membantu menggalakkan lagi bakat-bakat yang terpendam di kalangan peserta-peserta yang menyertai pertandingan dan permainan yang diadakan. Selain itu, program ini juga membantu dalam menyebarkan lagi kelebihan serta pengetahuan tentang pusat internet 1malaysia. Selain dari dari pusat internet, program ini juga dihadiri oleh badan-badan agensi kerajaan seperti jabatan penerangan hilir perak, pasukan bomba dan lain-lain. Jualan hari guru, pemeriksaan kesihatan, permainan, kuiz-kuiz, demonstrasi kebakaran dan makanan diadakan juga. Program in mendapat sambutan yang hangat dari penduduk sekitar kg permatang. Perasmi penutup bagi program ini ialah Dato' shaharuddin b Abu Sohot (ketua pengarah hal ehwal penguatkuasaan maritim malaysia).

Aktiviti:

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan. Antaranya adalah permainan (tuju tin, dam ular gergasi, congkak, boling, treasure hunt), pertandingan mewarna kanak-kanak, kuiz-kuiz dashboard dan ict, demonstrasi masakan dan kebakaran, pemeriksaan kesihatan (bacaan tekanan darah dan gula) serta jamuan makan dan juga hadiah-hadiah menarik yang disediakan untuk setiap pertandingan bagitu juga cabutan bertuah. 

Gambar Disini