Tarikh : 18 April 2018 Masa : 2.30 Petang Peserta : 12 Orang Lokasi : Dewan Komuniti Kg Selabak |
Tujuan :
Pertandingan memasak ini bertujuan untuk menonjolkan bakat yang terpendam dalam diri setiap peserta. Makanan yang dipertandingankan ialah nasi goreng kampung. Lain orang, lain resepi begitu juga lain rasanya. Pertandingan ini dapat memupuk semangat kerjasama antara kumpulan dalam menyediakan hidangan dalam masa yang ditetapkan.
Aktiviti :
Pertandingan ini disertai sebanyak 6 kumpulan dimana setiap kumpulan terdapat 2 ahli. Tema nasi goreng kampung menjadi pilihan para juri kerana hidangan ini menjadi makanan utama bagi hampir kesemua keluarga. Ini kerana hidangan tersebut paling senang untuk dimasak serta tidak menggunakan bahan yang banyak. Diakhir pertandingan ini, peserta yang berjaya diberikan hadiah.
Tarikh : 18 April 2018 Masa : 3.00 Petang Peserta : 30 Orang Lokasi : PI Kg Selabak |
Tujuan:
Pertandingan mewarna ini diadakan bertujuan untuk membantu kanak-kanak dalam membangkitkan minat mereka dalam mewarna serta menarik minat mereka untuk menyertai apa jua pertandingan yang bakal diadakan. Selain itu, pertandingan ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama, bertolak ansur sesama mereka supaya dapat menghasilkan suasana yang harmoni. Selain itu, kanak-kanak juga dapat menonjolkan minat mereka yang mendalam terhadap mewarna serta meningkatkan daya kreatif dan inovasi kanak-kanak. Keperibadian begini seharusnya dipupuk dari awal (tabika @ tadika) supaya mereka dapat menyesuaikan diri apabila melangkah ke alam persekolah rendah, menengah dan seterusnya.
Aktiviti:
Pertandingan mewarna kanak-kanak disertai oleh 3 buah tadika yang berdekatan. Pertandingan ini berlangsung selama sejam setengah dan pemenang diberikan hadiah supaya diri mereka rasa dihargai.
Tarikh : 11 April 2018 Masa : 8.00 Pagi Peserta : 160 Orang Lokasi : SMK Kg Bahagia |
Tujuan :
Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta tentang internet, dari segi kebaikan dan keburukan. Selain itu, tips-tips keselematan internet juga diberikan supaya pelajar tahu bahawa diri mereka tidak terdedah dengan bahaya diluar sana. Zaman sekarang zaman teknologi, dimana pelajar seawal 4 atau 5 tahun sudah diberikan gadet supaya duduk diam dan tidak mengacau sesiapa. Ini merupakan cara yang salah dimana terdapat pelbagai bahan baik dan buruk di internet yang mana senang untuk dilihat jika peranti mereka bersambung dengan internet.
Aktiviti :
Pelajar diberikan contoh-contoh kebaikan, keburukan, tips-tips, buli ciber supaya mereka memahami apa yang disampaikan. Selain itu, laman SEBENARNYA.MY merupakan laman yang bagus untuk dilawati kerana disana terdapat berita yang sahih.
Tarikh : 17 April 2018 Masa : 8.00 Pagi Peserta : 100 Orang Lokasi : PI Kg Selabak & Dewan Komuniti Kg Selabak |
Tujuan :
Tujuan program ini diadakan ialah untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara penduduk Kg Selabak tidak mengira usia. Disamping itu, penduduk kg ini juga dapat pelbagai ilmu pengetahuan dari segi internet (kebaikan dan keburukan), kecantikan (penjagaan muka & mekap), penghasilan video, cara pemasaran produk online (Myshop), pemeriksaan kesihatan Myhelath dan sebagainya. Usahawan tempatan juga dapat memasarkan produk secara offline dan juga online, dimana produk mereka dibawa sekali semasa program untuk jualan dan dibantu oleh Pengurus untuk memasarkan prodruk mereka secara online melalui Myshop dan facebook. Pemeriksaan kesihatan dibawah selian KOSPEN menyediakan pemeriksaan dari segi tahap kolesterol, tekanan darah. Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh penduduk Kg selabak.
Aktiviti :
Pelbagai aktiviti menarik diadakan, antaranya pertandingan mewarna yang disertai oleh kanak-kanak dari 4 buah tadika yang berdekatan, taklimat kecantikan dari Mary Kay, jualan dari para usahawan, serta jamuan makanan untuk para peserta. Semasa taklimat mengenai internet, sesi soal jawab diadakan supaya para peserta memahami setiap perkara yang disampaikan. Hadiah juga disediakan bagi setiap pertandingan, kuiz soal jawab serta cabutan bertuah.
Tarikh : 10 April 2018 Masa : 9.30 Pagi Peserta : 5 Orang Lokasi : PI Bandar Baru Teluk Intan |
Tujuan :
kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu guru, pelajar dan ibubapa dalam mengakses laman FROG-VLE pada yang masih tidak tahu atau kurang tahu tentang penggunaan laman ini. Laman sesawang ini boleh dikelaskan sebagai blog yang ringkas dimana, latihan atau kerja rumah dari guru boleh diakses oleh pelajar. Manakala, ibubapa pula boleh melihat sekiranya anak mereka sudah menjawab latihan tersebut dan juga boleh melihat markah peperiksaan anak mereka.
Aktiviti :
Kami diberi tunjuk ajar untuk mengakses ketiga-tiga kategori diatas dan mempelajari setiap perkara yang terdapat di dalam laman sesawang ini. Ini kerana kami diminta untuk mengajar kepada sesiapa yang kurang memahami dalam mengakses laman ini.