BELAJAR INTERNET, ASAS KOMPUTER

Nama : Muhammad Fikri bin Norizam

Umur : 9 Tahun

Ahli   : 2017

 

Latar Belakang

Fikri merupakan seorang remaja yang berumur 10 tahun yang tinggal kampong selabak. Adik fikri merupakan anak anak sulong daripada 3 orang adik beradik. Beliau juga merupakan seorang yang sangat aktif di rumah mahu pun disekolah. Beliau miliki semangat dan keyakinan yang tinggi apabila berhadapan dengan cabaran. Beliau cepat belajar dan mudah untuk membantu rakan-rakannya yang lain. Tatkala melihat rakannya mengalami kesulitan beliau tidak lokek untuk membantu. Begitu jugalah sikap yang ditunjukkan oleh adik Fikri di pusat internet 1 malaysia kampong selabak. Adik fikri kerap datang ke pusat internet. Beliau menaiki basikal dan kadang-kadang berjalan kaki ke pusat internet. Di pusat internet beliau suka melakukan aktiviti melayari internet untuk menambah pengetahuannya disamping menjadikan tempat ini sebagai tempat beliau menyiapkan tugasan kerja-kerja sekolah.

Adik Fikri kerap kali mengkuti kelas dan bimbingan yang dijalankan oleh pusat internet kerana beliau mengatakan bahawa banyak bernda baru yang masih belum diterokai. Beliau juga sangat cekap menggunakan komputer. Antara kelas dan bimbingan yang disertai oleh adik Fikri adalah kelas asas computer, asas internet, dashboard komuniti dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan oleh pusat internet. Beliau kini menjadi salah seorang rujukan di pusat internet sekiranya ada pengguna baru yang ingin menggunakan perkhidmatan di pusat internet. Beliau turut menarik minat ramai rakan-rakannya untuk datang ke pusat internet supaya mereka juga dapat belajar seperti mana dirinya.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Adik Fikri merupakan seorang remaja yang suka mencuba perkara baru. Beliau hanya tahu menggunakan internet untuk youtube.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas dan bimbingan yang dijalankan Adik Fikri semakin pandai memilih sumber rujukan dan membuat carian bagi memperkaya ilmu dirinya.

USAHAWAN KECIL KECANTIKAN

Nama : Intan Shafinaz binti Mohammad Ghazali

Umur : 26 Tahun

Ahli   : 2014

 

 Latar Belakang

Cik Syafinaz telah menjalankan perniagaannya sejak 2016. Beliau menjalankan perniagaannya untuk meningkatkan taraf ekonomi. Cik Syafinaz merupakan seorang wanita yang cukup cekal apabila mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan bagi menruskan kelangsungan hidupnya. Beliau telah memilih untuk menjalan perniagaan pomade iaitu minyak rambut berjenama melalui platform atas talian. Beliau telah mengikuti kelas bimbingan yang dijalankan oleh agen yang diikutinya. Namun beliau merasakan masih banyak lagi yang perlu dipelajari untuk mengembangkan perniagaannya.

Cik Shafinaz mula belajar daripada orang-orang yang telah Berjaya dalam perniagaan atas talian. Bagi dirinya pembelajaran amat penting kerana hanya dengan belajar mampu menambah ilmu pengetahuannya tentang perniagaan atas talian. Beliau juga telah mengikuti kelas asas pemasaran yang dijalankan di pusat it selabak. Beliau telah datang berjumpa petugas pusat it untuk bertanyakan tentang modul yang dimiliki untuk perniagaan atas talian. Melalui perbincangan beliau telah bersetuju untuk mengikuti kelas asas perniagaan atas talian di pusat it selabak.

 Cik Shafinaz telah mengikuti kelas asas perniagaan atas talian seperti mana yang telah dipersetujui. Beliau telah mengikuti kelas yang dijalan dengan jaya sekali. Beliau kini semakin mahir menggunakan platform atas talian seperti FB dan whatsapp sebagai platform pemasaran atas talian. Cik Shafinaz memiliki impian yang sangat besar iaitu beliau mahu perniagaanya dikenali oleh ramai orang. Beliau memiliki impian yang besar ini kerana beliau tidak mahu perniagaan yang dijalan sejak sekian lama ini menjadi satu yang sia-sia. Oleh kerana itu beliau sentiasa bersungguh dalam usaha memperkembangkan dan memperluaskan perniagaan yang sedia ada pada masa ini. Cik Shafinaz berharap agar cita-citanya dapat dicapai dan mampu untuk terus kuat menambah ilmu pengetahuan agar dapat mengembangkan lagi perniagaannya.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Cik Shafinaz merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan pomade dan sentiasa suka mempelajari perkara-perkara baru.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan bersama Cik Syafinaz, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran. Ilmu beliau semakin bertambah dan mahir menggunakan facebook dan whatsapp bagi tujuan perniagaan .

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENGENAL PERKAKASAN SERTA OPERASI KOMPUTER

Nama  : Hassan bin Mad Basari 

Umur   : 65 Tahun

Ahli     : 2014

 

Latar Belakang 

Ketika kebanyakan lelaki yang seusianya berehat di rumah sambil melayan keletah cucu-cucu, En Hassan pula sibuk merancang strategi bagi memulakan perniagaannya dalam talian dengan berbekalkan minat dan semangat yang cekal di dalam diri pemilik nama Hassan bin Mad Basari ini.

Beliau merupakan seorang yang buta komputer dan it dan tidak pernah sekali pun memegang tetikus inikan pula menaip di atas papan kekunci, ujar beliau merendah diri. Memandangkan beliau berasal dari golongan yang kurang pendapatan dan berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) maka beliau tidak pernah memiliki laptop mahupun komputer  sendiri di rumah. Hal tersebut merupakan salah satu penghalang untuknya mengetahui mengenai komputer dan internet walaupun mempunyai niat untuk mempelajarinya memandangkan terdapat segelintir rakan-rakan yang seusia dengannya mengetahui sedikit sebanyak mengenai it.

Beliau  juga pernah mencuba pergi ke pusat siber berhampiran untuk mengenal sendiri apa itu internet namun beliau takut diketawakan oleh kanak-kanak yang berada disitu memandangkan beliau sudah tua dan bimbang digelar orang tua tidak sedar diri.

Namun, apabila beliau mendapat perkhabaran bahawa di Kampung Selabak akan membuka sebuah Pusat Internet(PI) pada Ogos tahun lalu walaupun beliau tidak mengetahui apa itu PI , beliau terus memasang niat untuk belajar bidang ICT. Beliau turut berazam untuk memiliki akaun Facebook seperti rakan-rakan seangkatan yang lain dan belajar lebih mendalam mengenai komputer dan internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Hassan merasakan ada keperluan untuk mahir menggunakan komputer dan Microsoft office.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas dan bimbingan yang dijalankan Encik Hassan semakin mahir menggunakan komputer dan Ms office.

USAHAWAN KECIL MAKANAN

Nama  : Puan Noraini bt A.Khalid

Umur   : 65 Tahun

Ahli     : 2014

 

Latar belakang

Tercabar dengan gelagat dan kepintaran cucu bermain komputer, seorang nenek, Noraini Bt A.Khalid nekad untuk mengikuti kelas komputer bagi memastikan dirinya seiring perkembangan teknologi. Beliau yang merupakan seorang peniaga  mengambil keputusan untuk mengikuti kelas komputer di Pusat Internet(PI) Kampung Selabak kerana mengakui, kemahiran komputer akan memudahkannya melakukan urusan kerja. Beliau langsung tidak tahu mengenai komputer, apatah lagi teknologi sekarang yang semakin canggih sedangkan anak dan cucu-cucunya sangat mahir menggunakannya. Jadi, daripada beliau terlalu bergantung kepada anak dan cucu, lebih baik jika beliau mahir memanfaatkan teknologi. Menurut beliau, anak dan cucu memberi sokongan sepenuhnya dan beliau menganggap bidang IT sangat penting pada zaman sekarang sehinggakan cucu berumur tiga tahun pun sudah pandai menggunakan komputer.

Beliau yang berumur 62 tahun mengakui sanggup datang ke Pusat Internet (PI) Kampung Selabak setiap hari Selasa dan Khamis walaupun jarak antara rumahnya dengan PI lebih kurang 5km semata-mata mahu memperluaskan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat seperti Asas Komputer & Microsost Office Word memandangkan bidang tersebut mendapat sambutan pada zaman teknologi ini.

Puan Noraini bukanlah komuniti tempatan Kampung Selabak namun hasil dari aktiviti promosi yang dijalankan dan mendengar perkhabaran dari rakan-rakan, beliau mengetahui mengenai PI Kampung Selabak yang mula dibuka kepada orang ramai sejak Januari 2014. Mendengar perkhabaran tersebut, beliau terus mendaftarkan diri sebagai ahli dan mengikuti kelas Asas Penggunaan Tetikus & Papan Kekunci sebagai permulaan memandangkan beliau masih kekok untuk memegangnya.

Menurutnya, peluang sebegini tidak seharusnya dilepaskan oleh golongan warga emas seperti beliau kerana membawa banyak manfaat kepada masyarakat lebih-lebih lagi masyarakat Luar Bandar kerana dengan pengetahuan komputer ini mampu menjana pendapatan dan meningkatkan ilmu pengkomputeran.

Beliau akan terus mempelajari mengenai komputer khususnya mengenai Microsoft Office Word dan Internet kerana melalui Microsoft Office Word beliau dapat membuat pelbagai jenis surat, poster, jadual, graf, carta dan sebagainya manakala dengan internet pula banyak maklumat yang mampu diperoleh tidak kira dari segi kesihatan mahupun perihal keagamaan.

Penubuhan PI di Kampung Selabak ini menurut beliau dapat membantu masyarakat setempat termasuk golongan warga emas seperti beliau mendapat pengetahuan dengan lebih jelas mengenai komputer. Penduduk kampung disini amat bertuah dengan kewujudan PI dimana bukan sahaja boleh belajar malah boleh mendapat maklumat dengan cepat selain dapat membuka minda masyarakat luar bandar dengan dunia Microsoft Office Word dan Internet yang kini semakin dipelopori oleh masyarakat dunia.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Noraini ingin belajar platform atas talian yang amat penting untuk diterokai kerana ianya salah satu medium pemasaran terpenting pada hari ini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk membuat akaun facebook untuk pernigaannya . Beliau juga memaksimumkan penggunaan whatsaap untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.