Nama Umur Usahawan Ahli |
: MUHAMMAD SAHRIL : 30 TAHUN : PERKHIDMATAN SEWA BOT CRUISE : 5 APRIL 2018 |
Latar Belakang Calon
Encik Sahril merupakan seorang guru di sebuah sekolah di teluk intan. Beliau merupakan seorang guru muda yang sukakan cabaran dalam hidupnya. Beliau sangat disenangi oleh anak muridnya kerana pembawakan dirinya yang begitu santai. Dalam masa menanggung tanggunjawab sebagai seorang guru mendidik anak bangsa. Beliau juga memiliki minat dalam menaikkan nama Teluk intan dari sektor perlancongan. Menurutnya Teluk Intan merupakan bandar lama namun banyak sejarah tidak diketahui oleh generasi muda masa kini. Maka beliau berpendapat perlunya usaha yang drastik dilakukan oleh anak teluk intan sendiri untuk bangkit memajukan Teluk Intan. Tahun 2017 merupakan detik dimana beliau mula serius dalam usaha membangunkan sektor perlancongan di Teluk Intan. Beliau nekad membeli sebuah bot kruis untuk disewa oleh para pengunjung di dalam dan luar negara untuk menjelajah persisir sungai perak yang mengandungi pelbagai sejarah lama yang semakin dilupakan. Dalam menjalankan perniagaannya beliau cukup teliti dalam memastikan kualiti perkhidmatan bot sewanya sentiasa terbaik. Padanya kualiti amat penting agar pelanggannya dapat mengalami dan menikmati sesi jelajah yang terbaik.. Pada awal penglibatan dalam perniagaan ini, ianya hanya dijalankan secara jualan secara langsung kepada para pelanggan sedia ada. Dan hebahan dilakukan melalui status di facebook. Untuk memperhebatkan lagi usahawan pemasaran perkhidmatan bot sewanya, beliau telah dibimbing untuk memaksimumkan lagi penggunaan platform atas taliannya. Melalui pusat internet kampong selabak beliau telah mempelajari beberapa perkara iaitu membuat status yang lebih kerap dan video mudah bagi tujuan pengetahuan umum. Encik Sahril memiliki impian yang sangat besar iaitu beliau mahu menjadi usawahan yang Berjaya. Beliau berharap agar cita-citanya dapat dicapai dan mampu untuk terus kuat menambah ilmu pengetahuan agar dapat mengembangkan lagi perniagaannya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Encik Sahril menjalankan perniagaan bot sewa dan menggunakan platform atas talian.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui bimbingan dan dorongan yang dijalankan bersama Encik Sahril, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran.
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=25#sigFreeId6eac66d81f
Nama Umur Usahawan Ahli |
: PUAN NOOR AIN BINTI MD DARUS : 26 TAHUN : KUIH TALAM : 4 MEI 2017 |
Latar Belakang Calon
Puan Ain merupakan seorang peniaga kuih talam sepenuh masa. Beliau telah pun mendaftarkan perniagaannya dengan suruhanjaya syarikat Malaysia sejak tahun 2015. Pendapatan bulanan beliau tidak tetap dan menyebabkan dirinya merasakan perlunya untuk tambah ilmu pengetahuan agar beliau boleh menambah pendapatannya. Tahun 2015 merupakan tahun di mana beliau nekad untuk memulakan pembuatan dan perniagaan kuih talam. Pada awalnya beliau hanya meletak kuih talam di gerai-gerai kenalannya. Beliau juga telah menggaji beberapa orang krew untuk memudahkan urusan penghantaran gerai ke gerai dan ke rumah-rumah. Pada 2017 beliau telah memasang azam untuk mempelajari ilmu pemasaran atas talian. Beliau telah mengikuti beberapa siri kursus yang dianjurkan oleh MDEC melalui kursus e usahawan. Pelbagai ilmu baru telah beliau miliki bagi menambah baik kaedah pemasaran perniagaan atas talian. Beliau tidak menunggu lama untuk melaksanakan perkara yang telah dipelajari oleh dirinya dalam perniagaannya kerana padanya hasil hanya boleh diperoleh melalui usaha yang tak kenal erti jemu. Beliau juga telah menujukkan minat untuk mengikuti kursus perniagaan atas talian yang dianjurkan oleh pusat internet kampong selabak. Beliau telah berjumpa petugas pusat internet untuk mendapatkan maklumat . Setelah mendapat penerangan daripada petugas beliau telah bersetuju untuk mengikuti bimbingan yang dijalankan oleh pusat internet. Beliau telah mengikuti beberapa kelas bimbingan perniagaan atas talian yang dijalakan oleh PI. Antara yang dipelajari olehnya adalah membuat kedai online, pemasaran percuma dan berbayar, Iklan percuma dan berbayar dan close sale. Beliau merasakan peluang ini perlu dimanfaatkan oleh semua orang kerana hanya dengan adanya kemahiran yang betul seseorang itu boleh mencapai impian sendiri. Semoga Puan Ain mampu menjadi usahawan yang Berjaya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Puan Ain hanya menjalankan perkhidmatan secara langsung. Seorang yang sangat suka menambah ilmu tentang perniagaan.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk mengoptimumkan akaun facebook untuk pernigaannya . Beliau juga memaksimumkan penggunaan whatsapp untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- - Menggunakan Microsoft Office word untuk membuat risalah
- - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui whatsapp
- - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui whatsapp
- - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
- - Whatsapp sebagai medium menjual
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PI membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=25#sigFreeId212462c323
Nama : HANIS ATHIRAH BINTI JUNID
Umur : 29 TAHUN
Usahawan : KEK DAN ROTI
Ahli : 4 MEI 2017
LATAR BELAKANG CALON
Puan hanis amat suka membuat kek dan roti. Pelbagai kelas dan kursus telah disertai olehnya untuk memahirkan diri dalam membuat kek dan roti. Beliau telah menjalankan perniagaan sejak 2015 dan telah mendaftarkan perniagaannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Puan hanis menjalankan perniagaannya adalah kerana ingin membantu suaminya menambah pendapatan isi keluarga. Selain itu nekadnya beliau melibatkan diri dalam perniagaan adalah untuk memiliki simpanan sendiri dan memenuhi kehendak sendiri.
Dalam menjalankan perniagaannya beliau cukup teliti dalam memastikan kualiti pengeluaran hasil kek dan rotinya. Padanya kualiti amat penting agar pelanggannya dapat menikmati kek dan roti yang terbaik. Pada awal penglibatan dalam perniagaan ini, ianya hanya dijalankan secara jualan secara langsung kepada para pelanggan sedia ada. Dan hebahan dilakukan melalui mulut ke mulut dari pelanggan setia.
Pada 2017 Puan hanis telah pun melibatkan diri untuk mengikuti kelas asas perniagaan atas talian. Termasuk kelas yang dianjurkan oleh pusat internet kampung selabak. Ini kerana beliau berpendapat ilmu perlu dimbah bagi menambah pendapatannya. Beliau mula belajar asas dalam perniagaan atas talian.. Beliau telah mengikuti kelas asas pemasaran yang dijalankan di pusat it selabak. Beliau kini semakin mahir menggunakan platform atas talian seperti FB dan whatsapp sebagai platform pemasaran atas talian. Puan hanis memiliki impian yang sangat besar iaitu beliau mahu menjadikan perniagaannya bertambah maju dan mampu memiliki rumah sendiri. Semoga beliau dapat mencapai impiannya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Puan Hanis merupakan usahawan yang sangat berjiwa besar dan sentiasa menambah pengetahuan tentang perniagaan atas talian.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan bersama Puan Hanis, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran. Ilmu beliau semakin bertambah cekap menggunakan facebook dan whatsapp bagi tujuan perniagaan .
Nama : NUR AZWIEN BINTI BOKHARI MUSLIM
Umur : 17 TAHUN
Ahli : 20 MAC 2014
LATAR BELAKANG CALON
Azwien merupakan seorang remja yang berusia 17 tahun yang menetap di kampung selabak. Beliau merupakan seorang anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Beliau merupakan pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah yang hampir dengan rumahnya. Beliau dihantar oleh ayahnya sendiri ke sekolah. Beliau merupakan seorang pelajar yang sangat cekap dan cepat belajar. Apabila mengkuti kelas dan bimbingan beliau begitu mudah sekali untuk menerima maklumat dan terus boleh membuat perkara yang dtelah dipelajarinya. Adik Azwien kerap datang ke pusat internet. Beliau menaiki basikal dan kadang-kadang menaiki motorsikal ke pusat internet. Di pusat internet beliau suka melakukan aktiviti melayari internet untuk menambah pengetahuannya disamping menjadikan tempat ini sebagai tempat beliau menyiapkan tugasan kerja-kerja sekolah.
Adik Azwien telah menyertai mengkuti kelas dan bimbingan yang dijalankan oleh pusat internet kerana beliau mengatakan bahawa banyak bernda baru yang masih belum diterokai. Beliau juga sangat cekap menggunakan komputer. Antara kelas dan bimbingan yang disertai adalah kelas asas komputer, asas internet, dashboard komuniti dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan oleh pusat internet. Beliau kini menjadi salah seorang rujukan di pusat internet sekiranya ada pengguna baru yang ingin menggunakan perkhidmatan di pusat internet. Beliau turut menarik minat ramai rakan-rakannya untuk datang ke pusat internet supaya mereka juga dapat belajar seperti mana dirinya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Adik Azwien merupakan seorang remaja yang suka mencuba perkara baru. Beliau hanya tahu menggunakan internet untuk youtube.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas dan bimbingan yang dijalankan Adik Azwien semakin pandai memilih sumber rujukan dan membuat carian bagi memperkaya ilmu dirinya.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- - Mengenal perkakasan komputer
- - Memahami asas pengoperasian komputer
- - Menggunakan internet dan membuat carian dengan browser.
- - Mempelajari Ms. Office 2010 bagi memudahkan menyiapkan tugasan.
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PI membantu memahirkan diri saya tentang Komputer dan Ms Office
Nama : SITI HAWA BINTI MISRUN
Umur : 24 TAHUN
Usahawan : DROPSHIP BARANGAN EMAS 916
Ahli : 17 APRIL 2018
LATAR BELAKANG CALON
Cik Hawa merupakan seorang anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Sebagai anak sulung sudah pasti dia mahu membantu ibu dan ayah serta adik-adiknya untuk meringankan beban keluarganya. Taraf ekonomi keluarga yang baik menjadi impian hidupnya selain melihat kegembiraan di wajah ayah dan ibunya. Cik Hawa merupakan seorang peniaga atas talian yang menjual emas 916 sepenuh masa. Beliau telah pun mendaftarkan perniagaannya dengan suruhanjaya syarikat Malaysia sejak 0ktober tahun 2016. Pendapatan bulanan beliau tidak tetap dan menyebabkan dirinya merasakan perlunya untuk tambah ilmu pengetahuan agar beliau boleh menambah pendapatannya.
Pada 2017 beliau telah memasang azam untuk mempelajari ilmu pemasaran atas talian. Beliau telah mengikuti beberapa siri kursus yang dianjurkan oleh MDEC melalui kursus e usahawan. Pelbagai ilmu baru telah beliau miliki bagi menambah baik kaedah pemasaran perniagaan atas talian. Beliau tidak menunggu lama untuk melaksanakan perkara yang telah dipelajari oleh dirinya dalam perniagaannya kerana padanya hasil hanya boleh diperoleh melalui usaha yang tak kenal erti jemu.
Beliau juga telah menujukkan minat untuk mengikuti kursus perniagaan atas talian yang dianjurkan oleh pusat internet kampong selabak. Beliau telah berjumpa petugas pusat internet untuk mendapatkan maklumat. Setelah mendapat penerangan daripada petugas beliau telah bersetuju untuk mengikuti bimbingan yang dijalankan oleh pusat internet. Beliau telah mengikuti beberapa kelas bimbingan perniagaan atas talian yang dijalakan oleh PI. Antara yang dipelajari olehnya adalah membuat kedai online, pemasaran percuma dan berbayar, Iklan percuma dan berbayar dan close sale. Beliau merasakan peluang ini perlu dimanfaatkan oleh semua orang kerana hanya denga nada kemahairan yang betul seseorang itu boleh mencapai impian sendiri
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Cik Hawa hanya menjalankan perkhidmatan secara online. Seorang yang sangat suka menambah ilmu tentang pemasaran atas talian.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk mengoptimumkan akaun facebook untuk pernigaannya . Beliau juga memaksimumkan penggunaan whatsapp untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- - Menggunakan Microsoft Office word untuk membuat risalah
- - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui whatsapp
- - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui whatsapp
- - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
- - Whatsapp sebagai medium menjual
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PI membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.