Nama           : ARPAH BINTI ARBI

Umur            : 34 TAHUN

Usahawan   : 'MOBILE CLEANING'

Ahli              : 24 JULAI 2017

 

LATAR BELAKANG CALON

Cik Puan Arpah binti Arbi, 34,merupakan pemilik kepadamobile cleaning services yang telah dijalankan sejak 4 tahun yang lalu.Konsep peniagaannya yang membersih dan mengemas bangunan peribadi mahupun premis menjadi tarikan kepada komuniti setempat untuk menggunakan perkhidmatannya.

      Beliau menjalankan perniagaan ini kerana ingin mengukuhkan kekuatan ekonomi dirinya. Pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan olehnya termasuk membuat roti jala, dan chocomalt. Beliau sentiasa berkerja keras agar impiannya boleh dicapai. Beliau memiliki seorang anak lelaki yang masih bersekolah. Perkara ini turut menjadikan dirinya begitu bersungguh-sungguh berusaha melaksanakan kerjanya agar keperluan anaknya dapat dipenuhi. Beliau amat rajin mengikuti pelbagai kursus dan kemahairan bagi memastikan dirinya  sentiasa memiliki ilmu yang terkini dan seterusnya mengembangkan lagi perniagaannya.

      Tahun 2017 merupakan detik beliau mula memandang perniagaan atas talian sebagai satu platform yang perlu dimiliki. Beliau telah menyertai pelbagai kelas pemasaran atas talian termasuklah kelas dan bimbingan yang dianjurkan oleh pusat internet kampong selabak. Antara kelas dan bimbingan yang telah disertai oleh kak arpah di pusat internet kgselabak adalah kelas asas fb ads, kelas fotografi dan video serta bimbingan media e dagang. Beliau telah menunjukkan kesungguhannya dengan komitmen yang baik kerana tidak pernah culas menyertai bimbingan yang dijalankan sungguh jadualnya yang agak padat.

    Beliau telah menggunakan kemahiran yang diperoleh untuk merancakkan lagi pemasaran perkhidmatannya kepada komuniti. Semoga usaha Kak Arpah menjadi sesuatu yang terus boleh dibanggakan dan dicontohi oleh generasi anak muda di luar sana.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI 

Cik Puan Arpah jarang-jarang menggunakan medium ict

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan bersama Cik Puan Arpah, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran. Ilmu beliau semakin bertambah dan mahir menggunakan facebook dan menangkap gambar bagi tujuan perniagaan.

Gambar Disini

Nama           : NORHAINI BINTI SAMSINAR

Umur            : 44 TAHUN

Usahawan   : NASI LEMAK

Ahli              : 17 APRIL 2018

 

LATAR BELAKANG CALON

Puan Haini merupakan ibu kepada 6 orang anak. Beliau merupakan seorang usahawan sepenuh masa. Suaminya juga merupakan seorang usahawan yang turut membantunya  menjalankan perniagaan nasi lemak ayam goreng berempah dan pelbagai lauk lagi. Beliau telah menjalankan perniagaan nasi lemak sejak 6 tahun yang lalu dan kini telah pun membuka cawangan di medan selera taman Ros  Beliau menguruskan gerainya bersama-sama ahli keluarganya. Suaminya yang dikenali wak misai dan anak-anaknya tidak lokek dalam mengerahkan tenaga untuk memastikan perniagaan keluarganya berjalan dengan baik.

       Tahun 2018 merupakan tahun di mana beliau percaya bahawa pemasaran atas talian kini menjadi satu kemahiran yang amat penting buat dirinya. Bagi memastikan dirinya tidak ketinggalan dalam kemahiran pemasaran ini beliau telah mendapatkan bantuan petugas pusat internet kg selabak. Beliau telah mengikuti beberapa siri kelas bimbingan pemasaran atas talian di pusat internet kg selabak. Antara siri kelas yang diikuti oleh beliau adalah kelas asas perniagaan online,Bimbingan pemasaran melalui whatsapp,  dan kedai online.

      Hasil pembelajaran tersebut  di pusat internet kg selabak, beliau kini semakin mahir berkongsi perniagaan yang dijalankannya serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kedai beliau. Diharap semoga Puan Haini semakin Berjaya dan perniagaannya semakin berkembang pada masa akan datang.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI 

Puan Haini menjalankan perniagaan nasi lemak dengan mempromosikan kepada rakan-rakan yang hampir dengan beliau.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk membuat akaun facebook untuk pernigaannya . Beliau juga memaksimumkan penggunaan whatsaap dan facebook untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.

 

Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI

  • - Menggunakan Microsoft Office word untuk membuat risalah
  • - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui facebook
  • - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui facebook
  • - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
  • - Whatsapp dan facebook sebagai medium menjual

 

Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT

  • PI1M membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.

 

Gambar Disini

Nama        : Siti Fatimah Binti Abidin @ Jaidin

Umur         : 24 Tahun

Usahawan : Tea Detox

Ahli            : 4 Mei 2017

 

LATAR BELAKANG CALON

Cik Fatimah merupakan seorang usahawan bagi produk kesihatan. Beliau merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Beliau menjalankan perniagaan  kerana ingin menambah pendapatan hidupnya. Beliau merupakan seorang usahawan baru yang mana telah menjalankan perniagaannya sejak tahun 2016. Beliau sangat gigih menjalankan perniagaannya dan sanggup untuk belajar agar beliau mampu untuk melebarkan sayap perniagaannya. Beliau telah memilih untuk menjalankan perniagaan berasaskan produk kesihatan iaitu Tea Detox. Tea detox merupakan produk yang membantu melansingkan perut dan dalam masa yang sama memberikan tahap kesihatan yang baik kepada system dalaman wanita. Beliau mahu membantu seramai yang boleh agar golongan wanita miliki tahap kesihatan yang baik.

       Cik Fatimah pada awalnya hanya menjalankan perniagaannya dengan berkongsi di kumpulan whatsapp dan dijual secara terus kepada rakan atau kenalannya. Hasil jualan juga tidak seberapa dan tidak mampu mencapai target yang telah ditetapkan oleh dirinya. Rakan baiknya telah mencadangkan agar beliau cuba mempelajari kemahiran perniagaan atas talian. Rakannnya juga mencadangkan beliau pergi ke pusat internet kerana boleh belajar dari asas dan harga yang berpatutan. Beliau nekad untuk ke pusat internet dan berjumpa dengan petugas menceritakan hajatnya untuk belajar asas pemasaran atas talian. Beliau mula belajar asas dalam perniagaan atas talian.. Beliau telah mengikuti kelas asas pemasaran yang dijalankan di pusat it selabak. Beliau kini semakin mahir menggunakan platform atas talian seperti FB dan whatsapp sebagai platform pemasaran atas talian.

       Cik Fatimah memiliki impian yang sangat besar iaitu beliau mahu menjadi usawahan yang Berjaya. Beliau berharap agar cita-citanya dapat dicapai dan mampu untuk terus kuat menambah ilmu pengetahuan agar dapat mengembangkan lagi perniagaannya.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI 

Cik Fatimah menjalankan perniagaan atas talian tanpa asas yang kukuh.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan bersama Cik Fatimah, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran. Ilmu beliau semakin bertambah dan mahir menggunakan facebook dan whatsapp bagi tujuan perniagaan.

 

Gambar Disini

Nama   : Khairul Faidz Shah bin Mohd Kamal

Umur    : 16 Tahun

Ahli      : 15 Februari 2014

 

LATAR BELAKANG CALON

Faidz merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik  beradik. Adik Faidz merupakan pelajar sekolah menengah dan sedang belajar di tingkatan 4. Beliau adalah seorang yang berasal daripada latar belakang keluarga yang sederhana. Faidz yang suka mencuba perkara-perkara yang baru sangat suka mempelajari dan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan sehariannya.

     Keperluan untuk menggunakan komputer dan internet telah membawa dirinya untuk dapatang mendapatkan perkhidmatan di pusat internet (PI) kampung selabak Teluk Intan Perak. Disini Faidz telah mengikuti pelbagai kelas teknologi maklumat dan  bimbingan yang berterusan bagi memahirkan penggunaan ICT. Kini Faidz semakin mahir dalam penggunaan komputer dan software editing seperti Movie maker, viva video. Faidz kini semakin pandai membuat video dan memuat naik ke youtube untuk tatapan rakan-rakannya.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI 

Adik Faidz kurang mahir dan keyakinan untuk menggunakan komputer dan internet. Namun untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh sekolah, dia perlu belajar memahirkan diri untuk menggunakan komputer dan internet.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas dan bimbingan yang berterusan yang diberikan oleh petugas PI, Faidz kini semakin mahir menggunakan Komputer dan internet dan kini Faidz mampu untuk membantu rakan-rakanya yang kurang mahir untuk menggunakan komputer

 

Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI

  • - Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan menyiapkan tugasan yang diperoleh dari sekolah
  • - Mempelajari penggunaan software video editing, audio editing, video converter dan lain-lain.

 

Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT

  • - PI membantu memahirkan diri saya tentang komputer dan internet.
  • - Memberi kelas tambahan dan bimbingan berterusan
  • - Video tentang saya dimasukkan ke youtube

 

Gambar Disini

Nama            : Saemah Binti Sarep

Umur             : 42 Tahun

Usahawan     : Perkhidmatan Menjahit Pakaian

Ahli               : 4 Mei 2017

 

LATAR BELAKANG CALON :

Puan Saemah merupakan ibu kepada 5 orang anak yang masih bersekolah. Sebagai seorang ibu, sudah pastinya dia mahukan yang terbaik bagi anak-anaknya. Kehidupan yang baik merupakan impian bagi dirinya. Puan Saemah sangat gembira apabila mampu melihat anak-anaknya gembira ke sekolah pada setiap hari. Suami Puan Saemah merupakan seorang pekerja swasta dengan pendapatan RM1000 sebulan. Pelbagai keperluan dan kehendak perlu dipenuhi agar keluarganya boleh mengukir senyuman setiap hari. Namun pendapatan RM1000 sebulan tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan keluarganya. Disebabkan faktor ini, Puan Saemah berazam untuk belajar menjahit pakaian. Beliau berharap dengan menjahit dapat membantu meringankan beban keluarganya.

       Tahun 2014 merupakan tahun begitu bermakna buat dirinya. Hal ini kerana pada tahun tersebut beliau telah pun menjalankan perkhidmatan menjahit pakaian lelaki dan perempuan secara rasmi. Beliau bermula dengan menjahit pakaian anak-anaknya, kemudian menjahit baju adik-beradiknya dan seterusnya menjahit pakaian jiran tentangga. Alhamdulillah perkhidmatannya semakin dikenali ramai. Beliau pandai menjahit baju kurung, baju melayu dan baju-baju moden. Pada usia puan Saemah 40 tahun beliau telah hidup di zaman perniagaan atas talian. Dimana pada zaman ini perniagaan atas talian amat penting untuk dipelajari.  Beliau telah datang ke Pusat Internet (PI) Kampung Selabak walaupun jarak antara rumahnya dengan PI agak jauh. Di Pi kampong selabak, beliau telah berbincang dengan petugas tentang keperluan dirinya dan mencapai kata sepakat untuk belajar di PI kg selabak.

       Beliau telah mendaftarkan diri sebagai ahli pada 4 mei 2017. Sejak dari itu beliau telah mengikuti beberapa kelas bimbingan perniagaan atas talian yang dijalakan oleh PI. Antara yang dipelajari olehnya adalah membuat kedai online, pemasaran percuma dan berbayar, Iklan percuma dan berbayar dan close sale. Menurutnya, peluang sebegini tidak seharusnya dilepaskan oleh seperti beliau kerana membawa banyak manfaat kepada masyarakat lebih-lebih lagi masyarakat Luar Bandar.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI 

Puan Saemah hanya menjalankan perkhidmatan secara offline. Hanya miliki ruang di rumah untuk menjalankan perniagaannya.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk membuat akaun facebook untuk pernigaannya. Beliau juga memaksimumkan penggunaan whatsaap untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.

 

Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI

  • - Menggunakan Microsoft Office word untuk membuat risalah
  • - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui whatsapp
  • - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui whatsapp
  • - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
  • - Whatsapp sebagai medium menjual

 

Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT

  • PI membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.

 

Gambar Disini