Nama Umur Ahli |
: AIMAN DAINEL BIN MOHAMAD JAILANI : 14 TAHUN : 21 FEBRUARI 2018 |
Latar Belakang Calon
Aiman yang berumur 14 tahun biasanya suka bermain permainan di telefon bimbitnya bersama rakan-rakannya. Adik Aiman juga suka mempelajari dan meneroka perkara baru. Keupayaannya untuk memahami sesuatu perkara sangat cepat dan boleh dikagumi. Adik Aiman merupakan anak keempat daripada 5 orang adik beradik. Beliau sangat suka menggunakan masa terluangnya untuk meneroka perkara baru. Semasa masa lapangnya, adik Aiman lebih suka melayari internet untuk mempelajari perkara baru. Adik Aiman kebiasaannya akan meminta izin ibunya untuk datang ke Pusat Internet Kampung Selabak untuk melayari internet dan menyiapkan kerja-kerja sekolah bersama-sama rakannya. Cita-cita adik Aiman adalah ingin menjadi seorang yang berjaya dalam bidang pembangunan permainan online. Dalam usaha untuk mencapai impiannya adik Aiman sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya. Adik Aiman tidak takut dan jemu untuk mempelajari tentang Internet dan computer. Disini, adik telah mempelajari pelbagai pengetahuan komputer. Asas komputer seperti operasi komputer, penggunaan internet, emel dan portal, dan lain-lain lagi turut dipelajari oleh adik Aiman. Kini adik Aiman semakin pandai menggunakan kemudahan Komputer dalam menyiapkan tugasan sekolahnya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Adik Aiman hanya tahu menggunakan internet untuk melihat youtube.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas dan bimbingan yang dijalankan Aiman semakin pandai membuat carian bagi memperkaya ilmu dirinya
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- - Mengenal perkakasan komputer
- - Memahami asas pengoperasian komputer
- - Menggunakan internet dan membuat carian dengan browser.
- - Editing gambar menggunakan adobe photoshop.
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PIM membantu memahirkan diri saya tentang Komputer,internet, dan Ms Office
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=15#sigFreeId6e86c297ca
Nama Umur Usahawan Ahli |
: MAIZATUL AFIDAH BINTI ZAINON : 31 TAHUN : PERUNDING KECANTIKAN MARY KAY : 6 OKTOBER 2016 |
Latar Belakang Calon
Puan Mija suka berniaga kerana dia ingin menambah pendapatan serta menambah pengetahuan dalam perniagaan. Selain itu juga sikap tidak kenal penat lelah menjadi taruhan dirinya untuk meneruskan bidang perniagaan yang dia ceburi. Kesungguhan dia ditunjukkan apabila dia nekad berdaftar menjadi agen kecantikan dan kesihatan. Beliau telah mengkuti kelas bimbingan yang dianjurkan oleh pengusaha produk tersebut. Dan terus membuat tindakan menjual di media social. Puan Mija pada awalnya hanya menjalankan perniagaannya dengan berkongsi di kumpulan whatsapp dan di Fb. Namun hasil jualan tidak seberapa dan tidak mampu mencapai target yang telah ditetapkan oleh dirinya. Beliau merasakan penting bagi dirinya untuk menambah pengetahuan tentang pemasaran melalui atas talian. Beliau berhasrat untuk mempelajari asas pemasaran online dan mengikuti pelbagai kursus pemasaran yang berada di pasaran. Beliau telah hadir ke pusat internet dan berjumpa dengan petugas menceritakan hajatnya untuk belajar asas pemasaran atas talian. Beliau telah mengikuti kelas pemasaran yang dijalankan di pusat it selabak. Beliau kini semakin mahir menggunakan platform atas talian seperti FB dan whatsapp sebagai platform pemasaran atas talian percuma dan berbayar. Puan Mija memiliki impian yang sangat besar iaitu beliau mahu memiliki sebuah spa penjagaan kecantikan dan kesihatannya sendiriBeliau berharap agar cita-citanya dapat dicapai suatu hari nanti.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Puan Mija menjalankan perniagaan atas talian tanpa asas yang kukuh.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan bersama Puan Mija, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran. Ilmu beliau semakin bertambah dan mahir menggunakan facebook dan whatsapp bagi tujuan perniagaan.
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=15#sigFreeId6c9728dd1d
Nama Umur Ahli |
: HALIMAH BINTI CHE AZMI : 37 TAHUN : 27 JANUARI 2014 |
Latar Belakang Calon
Puan Halimah atau lebih mesra dikenali sebagai kak halimah merupakan seorang yang sangat mudah didekati kerana sikapnya yang mudah mesra dengan orang lain. Beliau merupakan salah seorang warga kampong selabak yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan sekitar kampong selabak. Kak sangat suka menggunakan masa terluangnya untuk meneroka perkara baru. Semasa masa lapangnya, kak Halimah akan melayari internet mencari resepi. Hal ini kerana beliau suka memasak dan mencuba resepi baru. Kak Halimah tidak takut dan jemu untuk mempelajari tentang Internet dan Komputer. Disini, kak halimah telah mempelajari pelbagai pengetahuan komputer. Asas komputer seperti operasi komputer, penggunaan internet, emel dan portal, dan lain-lain lagi turut dipelajarinya. Kini kak Halimah semakin pandai menggunakan kemudahan Komputer. Kak Halimah sentiasa berharap beliau boleh terus belajar pelbagai perkara baru agar dirinya tidak ketinggalan dalam perkembangan ICT. Semoga beliau juga dapat memanfaatkan juga ilmu yang diperoleh dengan sebaiknya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Kak Halimah hanya tahu menggunakan msword dan youtube di internet telefonnya.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas dan bimbingan yang dijalankan Kak Halimah semakin pandai membuat carian bagi memperkaya ilmu dirinya
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- - Mengenal perkakasan komputer
- - Memahami asas pengoperasian komputer
- - Menggunakan internet dan membuat carian dengan browser.
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PIM membantu memahirkan diri saya tentang Komputer,internet, dan Ms Office
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=15#sigFreeId14c49134b6
Nama Umur Usahawan Ahli |
: MUZAINI AKMA BINTI MUSTAFFA : 30 TAHUN : PEWANGI & PERKHIDMATAN DOBI : 24 JULAI 2017 |
LATAR BELAKANG CALON
Kak Akma telah berniaga sejak 2009 kerana dia berhasrat untuk menambah baik ekonomi keluarganya. Semangat Kak Akma terus kuat apabila beliau merasakan perlunya untuk membantu membeli barangan keperluan dan kehendak oleh setiap ahli dalam keluarganya. Sebagai seorang ibu kepada 1 orang anak, beliau telah menunjukkan tekadnya dalam bidang keusahawanan apabila beliau telah mendaftar perniagaannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pada 2010 beliau telah melebarkan lagi strategi pemasaran dengan menggunakan medium sosial untuk mempromosikan perniagaannya. Usaha yang berterusan oleh kak Akma semakin membuahkan hasil apabila beliau sikit demi sedikit sudah mampu membantu dalam memenuhi keperluan dan kehendak ahli keluarganya. Beliau telah memasang azam untuk mempelajari ilmu pemasaran atas talian. Beliau telah mengikuti beberapa siri kursus kursus e usahawan. Pelbagai ilmu baru telah beliau miliki bagi menambah baik kaedah pemasaran perniagaan atas talian. Beliau juga telah menujukkan minat untuk mengikuti kursus perniagaan atas talian yang dianjurkan oleh pusat internet kampung selabak. Beliau telah mengikuti beberapa kelas bimbingan perniagaan atas talian yang dijalakan oleh PI. Antara yang dipelajari olehnya adalah membuat kedai online, pemasaran percuma dan berbayar, Iklan percuma dan berbayar dan close sale. Beliau memiliki impian untuk memiliki kedai sendiri dan mampu mempelbagaikan lagi jualan di premis perniagaannya suatu hari ini.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Kak Akma seorang yang minat meneroka ilmu baru.Telah menyertai pelbagai kursus untuk kebaikan diri. Seorang yang sangat suka menambah ilmu tentang pemasaran atas talian.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk mengoptimumkan akaun facebook untuk pernigaannya . Beliau juga memaksimumkan penggunaan whatsapp untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- - Menggunakan Microsoft Office word untuk membuat risalah
- - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui whatsapp
- - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui whatsapp
- - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
- - Whatsapp sebagai medium menjual
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PIM membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=15#sigFreeIdfb9c2d0a2c
Nama Umur Usahawan Ahli |
: MUHAMMAD FITRI BIN MD REDZUKI : 23 TAHUN : POMADE : 4 MEI 2017 |
Latar Belakang Calon
Fitri suka berniaga kerana dia ingin menambah pendapatan serta menambah pengetahuan dalam perniagaan. Selain itu juga sikap tidak kenal penat lelah menjadi taruhan dirinya untuk meneruskan bidang perniagaan yang dia ceburi. Kesungguhan dia ditunjukkan apabila dia nekad berdaftar menjadi agen bagi 1 jenama pomade tempatan. Beliau telah mengkuti kelas bimbingan yang dianjurkan oleh pemilik produk tersebut. Dan terus membuat tindakan menjual di media social. Fitri pada awalnya hanya menjalankan perniagaannya dengan berkongsi di kumpulan whatsapp dan di Fb. Namun hasil jualan tidak seberapa dan tidak mampu mencapai target yang telah ditetapkan oleh dirinya. Beliau nekad untuk mempelajari asas pemasaran online dan mengikuti perlbagai kursus pemasaran yang berada di pasaran. Beliau juga hadir ke pusat internet dan berjumpa dengan petugas menceritakan hajatnya untuk belajar asas pemasaran atas talian. Beliau telah mengikuti kelas pemasaran yang dijalankan di pusat it selabak. Beliau kini semakin mahir menggunakan platform atas talian seperti FB dan whatsapp sebagai platform pemasaran atas talian percuma dan berbayar. Fitri memiliki impian yang sangat besar iaitu beliau mahu memiliki sebuah barbershop iaitu kedai gunting rambut yang sedang trending pada masa ini serta memiliki pengubahsuaian dalaman kedai yang moden dan cantik. Beliau berharap agar cita-citanya dapat dicapai
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Fitri menjalankan perniagaan atas talian tanpa asas yang kukuh.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan bersama Fitri, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran. Ilmu beliau semakin bertambah dan mahir menggunakan facebook dan whatsapp bagi tujuan perniagaan
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=15#sigFreeIdda107c4e3d